November 27, 2015

Walimah Perdana Selayang.


harinya dah tiba.
hari langsung majlis si gedik.
kali ni kami tak buat majlis sendiri. rezeki dia ngn suami nak kawen, di sponsor oleh ADUN Selayang, YB Zaidi. Juga sponsor sponsor sampingan yang lain yang menjayakan majlis Walimah Perdana Selayang nih.
Majlis ni ada beberapa pasang pengantin lain.
Walimah Perdana pastinya seperti majlis perdana kawen beramai ramai kan.
Mulanya 10 pasang pengantin. Atas beberapa perkara tak dapat dielakkan, tinggal 4 pasang pengantin ja. Alhamdulillah majlis tetap diteruskan jugak.





Majlis terhad. Biasala kan, bila mcm ni. Gabung dua pengantin sekali. Jadi tamunya pon limited. Kami terpaksa menjemput sedara mara mahupun jiran rakan yang terdekat sahaja. Tak leh baziaq kad. Kalau jemput kene datang, Kalau tak rugi la kad tu. Ala ala jemputan hotel.
Pertama kali buat style macam ni. Mulanya sukar jugak nak memahamkan pemikiran masing masing. Alhamdulillah. Akhirnya mudah jugak segalanya
Allah Maha Kuasa, Dia bg jalan mudah terus Dia mudahkan jugak semuanya.
Buat majlis sendiri nk jemput pon jenuh nak mikior. Buat majlis lagu ni lagi laaaa jenuh nak menjemput mcm mna.
Yela, kang ada yang kecil hati. Tapi kami pihak keluarga mohon maaf.
Pada kami, biar selamat mereka berdua ni diijabkabulkan.
Itu lebih utama.
Rezeki mereka berdua dah tertulis macam ni.
Doakan lah kebahagiaan mereka dunia akhirat.



Hari langsung, keluarga perempuan pakai baju tema merah. Keluarga pihak lelaki plak pakai tema ungu.




Pengantin plak kaler turqoise.




Alhamdulillah. Hujan renyai, lebat tapi majlis sume selamat sehingga akhirnya.



Tahniah kakak, selamat menjalani bahtera rumah tangga. Jadi isteri solehah. Jugak untuk Aiman, selamat menjadi seorang suami yang soleh dan mampu bimbing isteri serta anak anak nanti dengan jaya dunia akhirat. May Allah bless all of us. Aaminn yra.




#ameliaaimankahwinyay #ameliaiman


hashtag instagram.



jumpa next entry.
daaaaaa.

No comments: