December 28, 2012

Yang Terakhir


Salam Jumaat. Salam kepagian.

Ku sedar, hari ni hari Jumaat bersamaan 28 Disember 2012.
28hb yang terakhir untuk 2012.
Jumaat yang terakhir untuk 2012.
Entah akan ada lagi Jumaat yang mendatang aku sendiri tak pasti.

Perjalanan 2012 penuh liku getir. Permulaan yang diimpikan kebahagiaan. Namun di saat akhir,
harus diakui dengan kehidupan tak selalu memihak kepada apa yang kita inginkan. Apa yang kita impikan.
Terjatuh lalu tersedar dari lamunan mimpi yang membuatkan ia terhenti di tengah jalan. Lamunan Terhenti
Jatuh bangun membuatkan diri ini lebih tabah, kuat, cekal, kental menghadapi apa yang berlaku di hadapan, mudah-mudahan.
Mereka yang melihat tak merasa kepahitan. Dan yang pasti tak akan ada siapa yang pernah untuk memahami. Walaupun ku akui ade percubaan untuk memahami apa yang berlaku dalam kehidupan seharianku.
Bukan semua mampu untuk menerima kekhilafan diri. Kejadian Tuhan itu indah. Seburuk mana pon tetap indah. Tiada yang tak terindah! Haruslah kau menerima segalanya dengan seadanya. Pencipta Yang Maha Esa lebih mengetahui tentang apa yang dijadikan di muka bumi ini. Antara aku dan kau.

2013 bakal menjelma. 2012 kian melabuh tirai. Setiap kali tahun baru menjelma, tahun lama melabuh tirai. Yang ku impikan adalah melupakan segala apa yang berlaku sepanjang tahun-tahun yang lepas. Lenyapkan, padamkan, hapuskan. Tidak ku untuk menoleh melihat apa yang berlaku.
Yang ku harapkan agar tahun yang bakal tiba ini akan memberikan aku SERIBU SATU kemanisan, keindahan, keajaiban, keseronokkan dan segala yang bermakna untuk diriku. Siapa tahu tuah manusia, aku sendiri tak pasti. Yang ku doa adalah yang terbaik untuk aku. Juga untuk kalian. Ameen.

Tentang apa yang dirancang, selagi belum masanya tiba ia tak akan terjadi. Takdir DIA tak siapa yang mengetahui.

terhenti disini......




December 26, 2012

INFO

Hi peeps.

Nak share sedikit. Pepetang nih kan. Malaysia kan kaya dengan buah-buahan. 
So jangan nak mat salleh sangat lah ek. :O 
Hehehe :))


please klik ---------> klik dulu baru tahu. 





Terimakasih kepada Cikgu atas perkongsian link nih :))

December 24, 2012

Cravinggg for that Burger. And i got it!



Hi peeps! Salam everybadihh :)))

Minggu semalam nih. Sabtu semalam, keluar dengan Elina and Aten . Ni lah dua gegirls aku yang ada untuk lepak-ing! Kiterorang ni tk reti nak plan apa2. So selalunyer mmg main terjah jer. Kalau free, jalan lahh. Klu tak free, tunggu lah terjahan yang akan datang! Sempoi am rite?
Al kisah, ade follow brother nih kat twitter. Bajet je lah panggil brother, sbb aku consider aku yang palinggg mudaaa! Hihihih. IDK sama ada die yang pnyer kedai or what. Itu tak penting. Tapi yang penting aku nmpak dia upload nak g makan burger. Siud! Meleleh gak lah air liur tgk gambar burger die upload tuh. Dah lama aku nak makan, tapi demok pon tknak bawak aku. Tak kesempatan jer alasan dia. Plus dah kejauhan nih kan. So, aku sendiri takleh nak berharap lah. *ayat merajuk*

Back to the story, aku pon replying lah ngn brother nih. Tanyer aper yang patut sume. Lokasi ape sume lah. Yang gelabahnyer aku, siang sabtu tuh lepas balik keje aku ke Plaza GM amek stok. *stok aper, nnt aku update* Aku siap pergi meronda jap kat kawasan yang diberitahu. Yelahh! Danau tu kan banyak kedai mamak. Selalu aku lepak kat Zubeidah tu jer. Selalu sgt lah lepak. Puihh! Sometimes lah, itu pasal lah kene melawat kawasan duluu. Hihihii.
Dan aku jumpeeee kedai burger nih. Nak cari info kedai burger ni? Yang mana ade akaun burung biru nih, *kalau tkde sila sign up skrg!* kekorang leh lah men hashtag #DamBurger kat ruangan search tuh. Tak pon search jer DamBurger. Gerenti keluaaaaaar segala conversation yang ade. Nah aku bagi #DamBurger . Hihihi :p

So, dengan kuasa terjahan dan aku berjaya rembat dua gegirl nih utk menemani waktu kesunyian ku. Standard lah kan, benda yg tak di-plan-kan pasti sedikit berjaya. Walaupon hari Sabtu agak kehujanan, namun kami kasi redah jer. :))
Si Elina nak makan Otak-otak ngn chicken chop kat Zubeidah tu dulu. So sampai2, ke situ lah dlu kami. Lalu aku order Roti Tisu, Elin order chicken chop and Aten order nan cheese. Motif aku makan Roti Tisu sbb nak melantak burger sekejapan lagi. Bajet alas perut lah tuh. :)))
Makan makan dan makan sambil berborak entah apa-apa dan jugak tgk game Thai vs Singapurapura malam tuh. Final 2nd game kan. Juara milik Singapurapura AFF Suzuki Cup 2012.
Btw, be honest. Me and gegirls klu lepak mana-mana memang volume tu cannot slow. Harap maklum. :P

Alang-alang melepak situ, tawaf Danau jap. Lama sebenarnyer tak meronda Danau. Macam-macam dengar kisah Danau nih. Kater nak move on tempat lain lah. Sebab mengganggu perumahan dekat situ. Biaselah kan, dah nama kawasan orang berniaga larut malam, sure lah BISING. Bukan dengan bunyi-bunyian lagu-lagu yang berkumandang jer. Tu abam-abam, adik-adik motor kereta sume. Time nih nak tunjuk jaguh di jalanan. Takyah lah move on, stay situ dah lah. Semua dah biasa area situ kot. #justsaying

And here is #DamBurger. Cheese die meleleh yang buat aku pon terleleh nak dapatkan ia dengan kadar yang sesegera mungkin! Fuhh. Puas weyh. Ni pon aku share ngn si Aten tuh. Hahaha. Makan sorang? Tak mampu lagi!

 

Yang ni time makan kat Zubeida. Pompuan nih lah musuh,kawan aku. Bajet nak maki, nak caci, nak hina ke nak puji ke. Apelah sekali pon. Tetap selamanya! Tu lah baru betul kawan kan? Thanks Enot jadi kawan aku untuk segalanya. OK aku touchinggggg! Tisuuu please, rembes air mataku. T_____T.



Sampai disini je dulu. Undur diri dulu. Malam tu aku, Elin and Aten serta DIA yang mengetahui apa jadi. To Elin mohon ketabahan dalam menjalani kehidupan. Ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah. Ameen.

by the way, Jangan lupa terjah kedai burger abam NizamArchibald nih yer. Lokasi depan kedai A-Malik dekat Danau tuh.Try it. Sambil lepak-lepak mamak, tgk skrin tak baper nak besaq makang burger. Takyah nak beratuq2 panjang dan tak tentu boleh dapat :P

Salam sayang semuaaaaa ^___^




December 17, 2012

KAKI BOLA #SelamanyaHarimauMalaya

Hi peeps!

Tak rasa terlambat lagi nak update tentang nihhh.

PIALA AFF SUZUKI CUP 2012.

Alhamdulilah, berkesempatan ke Stadium Bukit Jalil (SNBJ) untuk perlawanan MAS vs INA. Tak silap game nie hari Sabtu. Gigih aku nak pergi jugak game nih. Firstly ajak Shah. Shah kan kaki bola. Pastu dia cakap, takut tak sempat. Sebab die keja. Then ade kenduri lah ape lah. So, aku pon pasrah lah. Tapi masih mencari kekawan lain untuk pergi. Bukan apa, ajak Shah nih sbb die kan lelaki. So, pikir keselamatan lah ajak dia. *selamat sangat lah kan. hahah*

Suddenly si Asilah pon ajak. Nekad nak pergi jugak sbb time tu still in peringkat kumpulan. Takut nnt MAS tak g semifinal, then terlepas nak g stadium. Plan bagai nak g beli tiket dkt Stadium, nak beli online lah. Ape jadah sume. Last2, Asilah pon cakap mak dia tak kasi pergi. Kata emaknyer, tunggu dah ade Mr Husband baru bleh g tgk bola kat stadium. *act, sbb game tu habes lewat malam kan, anak dara tkleh klua smpai lewat2 malam*

Aku pon frustrated untuk kali keduanya. Si jantung hati tkde kat KL. Kalau ade, aku gagahkan jugak ajak dia. Wlaupon ku akui dia tak minat sangat nak ke stadium. Tapi bukan bermakna dia tak minat bola. Cuma dia tak mmpu melihat aku yang tetibe kakibola nihh. Hihihii.

Selepas itu, aku membelek senarai kenalan2 yang ada di whatsapp ku. Tetibe aku teringat kak Dilla. Oh men, kakak nih mmg kakibola jugak. Die fans of Selangor. Waktu Liga M lepas, mana game Selangor die tak pergi. Yang dkt SSA mahupon yang dekat tempat lain, dia gigih pergi ok!
So aku pon whatsapp dia. Tanya itu ini apa sume tntg game MAS vs INA tuhh.
Dan, Alhamdulilah !! Rezeki aku kan. Aku pergi ngn dia. Tiket? Biarlah rahsiaaaa :D
Kite org pergi satu kereta, aku pickup kak dilla dkt Amcorp Mall. Then shoot terus g SNBJ. Jammed? Takyah cakaplah kan. Lagi2 jumpa Indonesia kan. Memang stadium FULL HOUSE!


Seriuss. Tak pernah rase kemeriahan, kesemangatan antara sume penyokong Harimau Malaya time tuh. Specially Ultras Malaya, Team Malaysia, Ultras2 sume. Termasuk sume yang ade kat SNBJ time tuh. Pergh, mmg cannot said by words! Meremang bulu roma lahhhh!. Dengan tifo made by UM07. Aku kagum ngn dieorang actually. Kadang2 dieorang nih ade ke bajet dieorang untuk sume tuh. Atau dieorang gune bajet sesama dieorang sendiri jer. Semangat antara dieorang tuh, buat sume jadi SATU!


Tentang game sume, aku tak rasa mampu untuk bagi komen. Mana yang ok ngn tak. Sbb aku pon baru lagi terjun untuk bersama menyokong Selamanya Harimau Malaya.
Lepas game Indonesia, beroleh kemenangan dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bertemu dengan Thailand. Tapi dengan game timpal balik, Malaysia tak layak ke final sbb kalah agg 1-3 ngn Thailand. Laluan untuk mempertahankan kejuaraan tidak mudah seperti menjulang kejuaraan.


here its for youuuu :)))
#selamanyaharimaumalaya


See you next match at stadium :D

1.2.3.


Assalammualaikum wbt.

Lama giler tak update blog nihh. Kehidupan tak selalu menyebelahi dengan apa yang kita inginkan.
Lupakan segala yang lalu, agar yang datang memberikan SERIBU SATU kemanisan dalam kehidupan. InsyaAllah :)))

Dulu merintih, pabila dia yang di sisi pergi meninggalkan diri. Kini ia kembali lagi. Lebeh tabah untuk mengharungi kali kedua. Lebeh tabah bila segalanya berlaku kerana ada insan lain yang tak menyenangi akan segalanya.
Past is past. I wont turn back, even look at back. Doa orang yang teraniaya dimakbulkan Tuhan. *pesanan ustaz/ustazah dulu*

Ada masa kenangan itu perlu diingat untuk dijadikan pedoman mahupun pembimbing arah jalan di hadapan. Dan adakalanya, kenangan itu juga harus dilenyapkan agar tidak menghantui kejayaan kita di masa hadapan.

Mereka yang tidak menyenangi, aku undur diri dari kalian. Kalian jugak yer. Lenyapkan segala yang lepas, semoga tiada kenangan antara kita. Serta tiada sekelumit tentang diri ini dalam kehidupan kalian. May God bless youuu. Ameen.



With love from bottom of my heart.