February 28, 2013

Bye February, Welcome March. I'm 24th.





Today is 28th February.

The end of the month of love.

But do not stop the spread of love.

That's it I want to tell you.











p/s - Jangan lupa, 030313 hari jadi saya. 
Disebabkan hari ahad, sila buat reminder untuk wish saya nanti. Kbai.






February 27, 2013

Hikmah.


Segala kejadian yang terjadi, InsyaAllah ada hikmah disebaliknya.

Selalu dengar orang cakap macam ni, tak pun aku sendiri yang akan cakap kat orang-orang yang mengalami masalah mahupun dihimpit sesuatu keadaan yang tak menyebelahi dirinya.
Tapi aku percaya, itu semua kuasa Tuhan. Apa yang DIA nak, DIA akan jadikan. Dia Maha Kuasa!

Pasti dlm kehidupan kita seharian ni ada yang menggembirakan, ada yang menyedihkan. Ada yang kita impikan supaya perhubungan itu berpanjangan namun terputus di tengah jalan. Bukan jua kita pinta inginkan sedemikian, tapi tu sume takdir Tuhan yang menentukan. Dan kita akan berkata, dengan apa segala yang terjadi pasti akan ada hikmah disebaliknya. Dan dengan itu juga, hati yang kecewa serta sedih pasti akan terukir sedikit senyum. Lalu meneruskan kehidupan yang kita sendiri tak pasti bagaimana coraknya.

Alhamdulilah, 2013 masih diberi rezeki dan peluang. Dibandingkan penghujung 2012 aku dan dia yang agak tidak stabil. Bersyukur ada mummy HaniFaizura yang banyak banyak sangat membantu. Thanks a lot mummy, tak tahu nak balas macam mana jasa baik mummy. *sedih plak tetiba* :/
Tambah sekarang demok dah keje dekat PosLaju cawangan Sungai Petani, Kedah. Bersyukur sangat dengan peluang yang masih terbuka untuk dia. Orang takkan pernah senyap untuk tidak berkata. Asalkan kerja tu bagus, baik, beri manfaat abaikanlah percakapan, mulut orang. Cuba pikir, mereka yang kerja dengan DBKL, angkut sampah. Berbau busuk, kutip sampah. Tapi rezeki halal, kerja diberkati. Ingat mereka nak keje yang jemur bawah panas, basah kuyup dek kena hujan. Mereka nak? Semua orang impikan kerja mudah, bila dihujung bulan gaji masuk dalam akaun. Cukup hujung tahun dikreditkan bonus oleh majikan.
Jadi setiap apa pekerjaan yang memberikan kita sumber rezeki itulah pemberian Yang Maha Esa. Bila kita nak keje macam ni, nak berkawan orang mcm ni, nak senang macam ni. Bukan semudah macam ni kita akan dapat.

Anyway, tahniah untuk Mohd Anas. Kerja elok-elok, jangan nak buat perangai keje lama. Mudah-mudahan permulaan ini menjadi yang terakhir dan terbaik untuk diri. Aminn YRA.
Dan ini jugak mungkin HIKMAH disebalik apa yang berlaku. Who knows?

February 16, 2013

Merah Kuning 2013


Hellooooooooo!

Semangat tak hilang lagi. Tiap kali lepas ke stadium, menang ke kalah pasti terus terbawa-bawa aura yang lain macam dua tiga hari selepas tuh!
Alkisah nak cerita, semalam turun SSA. Kalau korang kaki bola, kawasan lembah Klang nih. Tahu lah SSA tu apaaa. Poyo takkk! Hahaaa.

Yang nak berlagaknyaaa nak bagitahu aku dah berjaya ke stadium sorang diri! Hahaha. Tapi TIPU. Pergi gerak ngn adik Afif. Dia nih bebudak curva ultrasel. Sebab searah dari rumah nak ke stadium, so gerak lah sekali ngn dia. Kebetulan sebab dia tkde transport. So ape salahnya pon kann? Demi bola kita ibarat keluarga! Wahhh, gituuu.
Jalan jammed time nak pergi takyah cerita. Dengan pergi masuk ke Federal Highway tu mmg menempah maut! Tambah plak bila harinya hari Jumaat. Redha jer lah kannn. Nak buat guanooo? Eh salah slang plakk.
Tapi nasib lah dak Afif tu celoteh mulut dia, dari start naik kereta sampai ke stadium mmg ade je benda diceritakan. Proud of him too! Terlalu banyak pengetahuan dia tentang isu semasa mahu pun bidang sukan. Specially pasukan kesayangan dah tentu SELANGOR! Angkuhhhnya!

Nak jadikan cerita dan kembali pada tajuk. Selamat sampai SSA dalam pukul 7lebeh. Parking tmpat biasa. Mana? Takyah tahu. Bahaya. Beli tiket, dan disebabkan keseorangan masuk ke stadium pon awal lahh. Nak cari port katanya. Pilih paling atas, dekat ngn abang2 polis. Selamat lah katanya. Dah penuh tmpat fans selangor time tuh. Kiri kanan aku tgk semua kumbang! Aku ibarat sekuntum bunga di taman. Lagi lah lebeh rasa selamat dia! Hahahaa. Teroberrr plak.
Game ngn fans mmg awesomeeee bak angg lah! Sumpah kalau ke stadium, tak tahu nak gambarkan mcm mana feel dia. Orang yang minat je tahu lah kot. Demok banyak kali tak kasi pergi, sbb game ngn Kelantan kan. Risaaaau gila die dekat jantung hati dia nih. But, Its me :) DEGIL! Apa yang aku nak, aku suka. I'm trying to get it. Sorry demokkk :*
Macam-macam gelagat kalau kat stadium nih. Semua kepala gila-gila. Aku tktaw lah baper kali gelak dekah-dekah ngn telatah dari mana dieorang tuh. Slumber je nak kenakan kekawan sendiri lah. Ape lah.
Dengan gelagat polis sekat tempat duduk peminat, pastu sume pakat redah. Kalah polis2 tuh! Too sad, tapi ape nak buat. THIS IS SHAH ALAM, OUR HOME! hihihi. ober mak jemahh.

Tak larat dah nak perah idea cakap tu nih. Tgk gambar lah. Gambar ni dari geng ultrasel, abang fadh, capo Iyzat, dan semuaaa yang dari selangorians.

Sebelum tuh nak habaq mai. Gila tak bangga Selangor tahun 2013 nih?
Pahang dah tunduk! ATM pon dah tunduk. Ha Kelantan pon dah tunduk.
Semua tunduk dekat STADIUM SHAH ALAM! OUR HOME.


before game start. 

sorry abang! adik amek belakang baju abg nih
sbb nak amek nama SELANGOR tu jer :)

nih geng dari Sabak Bernam. Amek gambar sbb nak banner jer.
Tapi takkan lah kejam tknak amek gmbr dieorang kan? :p

Smoke bomb from curva! Capo IyzatHamdan

nih kak dilla and friends! semalam tk lepak skali ngn dia.


credit to alipdaus

credit to abg fadh #tifo #hulk

........

February 1, 2013