May 9, 2013

Acah acah update BRIDE TO BE :))

Helooooo :))

Ini kisah diri sendiri :))

Alhamdulilah, entry lepas lepas pasal pertunangan tu. Buat masa ni agak sibuk ngn mak discuss tentangg persediaan hari langsung yang bakal tiba. Unexpected actually! Semua adalah percaturan yang ditentukan oleh Allah swt. Syukur alhamdulilah. Alkisah dari mula sampai ke saat ini, yang dekat2 je lah tahu kan. Takyah lah merungkaikan balik alkisah itu. Yang penting sekarang ni sudah tiba masanyaaa :))

Sekarang baru rasa sendiri macam mana yang dialami bride to be untuk menguruskan majlis idaman mereka. Kadang2 kita seronok pergi wedding kekawan, tak pun datang utk memeriahkan majlis dieorang. Tapi macam mana dieorang nak buat persediaan tu kalau tak mcm ni, memang tak pikir! Dah kene batang hidung sendiri sekarang ni baru lah aku rasa. Hihihi. 
Tema? Pelamin impian? Design baju impian? Ya Allah, aku tak pernah pikir semua ni. Bila semua keputusan dibuat secara mengejut, lepas tu plan untuk langsung. Cuma aku impikan majlis tu berjalan lancar, pelamin yang indah dimata, cukuplah bersahaja. Pakaian yang aku selesa. Itu je. 
Boleh kata nanti, majlis aku tu dalam keadaan yang sangat sederhana dan lengkap semua ada.
Bak kata kawan opis aku @ kawan zmn skolah rendah dlu cakap, majlis aku ni seolah-olah macam back to old version. So nak tahu cara aku old version tu tunggulah undangan nanti ye. Heheheh

Untuk masa ni, persiapan dah selangkah kaki ke hadapan. Untuk belah demok kene update selalu ngn dia. Dia tu dok diam je, tahu lah ibu yang banyak dok wat persiapan. Untung betuuuuul sangat jadi demok saya tuh!
Pelamin + baju sanding + makeup (nikah + langsung), kameraman dah bayar untuk deposit. Boleh sangat tarik nafas kelegaan disitu. Setakat ni semua dimudahkan. Takde masalah untuk turun naik butik, or pening nak nak cari butik mana apa sume. Yang jumpa ni pon dah rasa cukup terbaik!
Just tinggal untuk katering. Mana ada dah orang taman umah den tu nak masak masak rewangg macam time abg den kawen dluu. Mahu ada 10 tahun yang lepaaaas. Sekarang yang ada pon dah tua-tua dah makcik and pakcik2 tu. So mmg katering je lah yang terbaik. You got money, everything settled! *begitulah nilainya wang di zaman teknologi ni*

So takde gambar dalam entry ni, ape jenis baju sanding nanti, baju nikah ke ape ke. Takpelah, nanti dah selesai baru saya kongsi cerita ekk. *tiba tiba saya* >.<
Hahhaaa! 

Take care uolls!! 

^___^

2 comments:

The Ordinary Lina said...

gud luck... akk dulu havoc, siap gaduh ngan mak andam sanggul palsu pnya psal... wat la list.. heeeeeeeeeeee...

Unknown said...

ooopss! macam teringat je kisah tu. hehehe. okaaay kakak! u are my inspire tuk buat list tu. actually mmg dah buat dah, dlm my own diary. cume tak update kat blog jer. hehehe ;))
thanks kak nat :)