December 28, 2012

Yang Terakhir


Salam Jumaat. Salam kepagian.

Ku sedar, hari ni hari Jumaat bersamaan 28 Disember 2012.
28hb yang terakhir untuk 2012.
Jumaat yang terakhir untuk 2012.
Entah akan ada lagi Jumaat yang mendatang aku sendiri tak pasti.

Perjalanan 2012 penuh liku getir. Permulaan yang diimpikan kebahagiaan. Namun di saat akhir,
harus diakui dengan kehidupan tak selalu memihak kepada apa yang kita inginkan. Apa yang kita impikan.
Terjatuh lalu tersedar dari lamunan mimpi yang membuatkan ia terhenti di tengah jalan. Lamunan Terhenti
Jatuh bangun membuatkan diri ini lebih tabah, kuat, cekal, kental menghadapi apa yang berlaku di hadapan, mudah-mudahan.
Mereka yang melihat tak merasa kepahitan. Dan yang pasti tak akan ada siapa yang pernah untuk memahami. Walaupun ku akui ade percubaan untuk memahami apa yang berlaku dalam kehidupan seharianku.
Bukan semua mampu untuk menerima kekhilafan diri. Kejadian Tuhan itu indah. Seburuk mana pon tetap indah. Tiada yang tak terindah! Haruslah kau menerima segalanya dengan seadanya. Pencipta Yang Maha Esa lebih mengetahui tentang apa yang dijadikan di muka bumi ini. Antara aku dan kau.

2013 bakal menjelma. 2012 kian melabuh tirai. Setiap kali tahun baru menjelma, tahun lama melabuh tirai. Yang ku impikan adalah melupakan segala apa yang berlaku sepanjang tahun-tahun yang lepas. Lenyapkan, padamkan, hapuskan. Tidak ku untuk menoleh melihat apa yang berlaku.
Yang ku harapkan agar tahun yang bakal tiba ini akan memberikan aku SERIBU SATU kemanisan, keindahan, keajaiban, keseronokkan dan segala yang bermakna untuk diriku. Siapa tahu tuah manusia, aku sendiri tak pasti. Yang ku doa adalah yang terbaik untuk aku. Juga untuk kalian. Ameen.

Tentang apa yang dirancang, selagi belum masanya tiba ia tak akan terjadi. Takdir DIA tak siapa yang mengetahui.

terhenti disini......




December 26, 2012

INFO

Hi peeps.

Nak share sedikit. Pepetang nih kan. Malaysia kan kaya dengan buah-buahan. 
So jangan nak mat salleh sangat lah ek. :O 
Hehehe :))


please klik ---------> klik dulu baru tahu. 





Terimakasih kepada Cikgu atas perkongsian link nih :))

December 24, 2012

Cravinggg for that Burger. And i got it!



Hi peeps! Salam everybadihh :)))

Minggu semalam nih. Sabtu semalam, keluar dengan Elina and Aten . Ni lah dua gegirls aku yang ada untuk lepak-ing! Kiterorang ni tk reti nak plan apa2. So selalunyer mmg main terjah jer. Kalau free, jalan lahh. Klu tak free, tunggu lah terjahan yang akan datang! Sempoi am rite?
Al kisah, ade follow brother nih kat twitter. Bajet je lah panggil brother, sbb aku consider aku yang palinggg mudaaa! Hihihih. IDK sama ada die yang pnyer kedai or what. Itu tak penting. Tapi yang penting aku nmpak dia upload nak g makan burger. Siud! Meleleh gak lah air liur tgk gambar burger die upload tuh. Dah lama aku nak makan, tapi demok pon tknak bawak aku. Tak kesempatan jer alasan dia. Plus dah kejauhan nih kan. So, aku sendiri takleh nak berharap lah. *ayat merajuk*

Back to the story, aku pon replying lah ngn brother nih. Tanyer aper yang patut sume. Lokasi ape sume lah. Yang gelabahnyer aku, siang sabtu tuh lepas balik keje aku ke Plaza GM amek stok. *stok aper, nnt aku update* Aku siap pergi meronda jap kat kawasan yang diberitahu. Yelahh! Danau tu kan banyak kedai mamak. Selalu aku lepak kat Zubeidah tu jer. Selalu sgt lah lepak. Puihh! Sometimes lah, itu pasal lah kene melawat kawasan duluu. Hihihii.
Dan aku jumpeeee kedai burger nih. Nak cari info kedai burger ni? Yang mana ade akaun burung biru nih, *kalau tkde sila sign up skrg!* kekorang leh lah men hashtag #DamBurger kat ruangan search tuh. Tak pon search jer DamBurger. Gerenti keluaaaaaar segala conversation yang ade. Nah aku bagi #DamBurger . Hihihi :p

So, dengan kuasa terjahan dan aku berjaya rembat dua gegirl nih utk menemani waktu kesunyian ku. Standard lah kan, benda yg tak di-plan-kan pasti sedikit berjaya. Walaupon hari Sabtu agak kehujanan, namun kami kasi redah jer. :))
Si Elina nak makan Otak-otak ngn chicken chop kat Zubeidah tu dulu. So sampai2, ke situ lah dlu kami. Lalu aku order Roti Tisu, Elin order chicken chop and Aten order nan cheese. Motif aku makan Roti Tisu sbb nak melantak burger sekejapan lagi. Bajet alas perut lah tuh. :)))
Makan makan dan makan sambil berborak entah apa-apa dan jugak tgk game Thai vs Singapurapura malam tuh. Final 2nd game kan. Juara milik Singapurapura AFF Suzuki Cup 2012.
Btw, be honest. Me and gegirls klu lepak mana-mana memang volume tu cannot slow. Harap maklum. :P

Alang-alang melepak situ, tawaf Danau jap. Lama sebenarnyer tak meronda Danau. Macam-macam dengar kisah Danau nih. Kater nak move on tempat lain lah. Sebab mengganggu perumahan dekat situ. Biaselah kan, dah nama kawasan orang berniaga larut malam, sure lah BISING. Bukan dengan bunyi-bunyian lagu-lagu yang berkumandang jer. Tu abam-abam, adik-adik motor kereta sume. Time nih nak tunjuk jaguh di jalanan. Takyah lah move on, stay situ dah lah. Semua dah biasa area situ kot. #justsaying

And here is #DamBurger. Cheese die meleleh yang buat aku pon terleleh nak dapatkan ia dengan kadar yang sesegera mungkin! Fuhh. Puas weyh. Ni pon aku share ngn si Aten tuh. Hahaha. Makan sorang? Tak mampu lagi!

 

Yang ni time makan kat Zubeida. Pompuan nih lah musuh,kawan aku. Bajet nak maki, nak caci, nak hina ke nak puji ke. Apelah sekali pon. Tetap selamanya! Tu lah baru betul kawan kan? Thanks Enot jadi kawan aku untuk segalanya. OK aku touchinggggg! Tisuuu please, rembes air mataku. T_____T.



Sampai disini je dulu. Undur diri dulu. Malam tu aku, Elin and Aten serta DIA yang mengetahui apa jadi. To Elin mohon ketabahan dalam menjalani kehidupan. Ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah. Ameen.

by the way, Jangan lupa terjah kedai burger abam NizamArchibald nih yer. Lokasi depan kedai A-Malik dekat Danau tuh.Try it. Sambil lepak-lepak mamak, tgk skrin tak baper nak besaq makang burger. Takyah nak beratuq2 panjang dan tak tentu boleh dapat :P

Salam sayang semuaaaaa ^___^




December 17, 2012

KAKI BOLA #SelamanyaHarimauMalaya

Hi peeps!

Tak rasa terlambat lagi nak update tentang nihhh.

PIALA AFF SUZUKI CUP 2012.

Alhamdulilah, berkesempatan ke Stadium Bukit Jalil (SNBJ) untuk perlawanan MAS vs INA. Tak silap game nie hari Sabtu. Gigih aku nak pergi jugak game nih. Firstly ajak Shah. Shah kan kaki bola. Pastu dia cakap, takut tak sempat. Sebab die keja. Then ade kenduri lah ape lah. So, aku pon pasrah lah. Tapi masih mencari kekawan lain untuk pergi. Bukan apa, ajak Shah nih sbb die kan lelaki. So, pikir keselamatan lah ajak dia. *selamat sangat lah kan. hahah*

Suddenly si Asilah pon ajak. Nekad nak pergi jugak sbb time tu still in peringkat kumpulan. Takut nnt MAS tak g semifinal, then terlepas nak g stadium. Plan bagai nak g beli tiket dkt Stadium, nak beli online lah. Ape jadah sume. Last2, Asilah pon cakap mak dia tak kasi pergi. Kata emaknyer, tunggu dah ade Mr Husband baru bleh g tgk bola kat stadium. *act, sbb game tu habes lewat malam kan, anak dara tkleh klua smpai lewat2 malam*

Aku pon frustrated untuk kali keduanya. Si jantung hati tkde kat KL. Kalau ade, aku gagahkan jugak ajak dia. Wlaupon ku akui dia tak minat sangat nak ke stadium. Tapi bukan bermakna dia tak minat bola. Cuma dia tak mmpu melihat aku yang tetibe kakibola nihh. Hihihii.

Selepas itu, aku membelek senarai kenalan2 yang ada di whatsapp ku. Tetibe aku teringat kak Dilla. Oh men, kakak nih mmg kakibola jugak. Die fans of Selangor. Waktu Liga M lepas, mana game Selangor die tak pergi. Yang dkt SSA mahupon yang dekat tempat lain, dia gigih pergi ok!
So aku pon whatsapp dia. Tanya itu ini apa sume tntg game MAS vs INA tuhh.
Dan, Alhamdulilah !! Rezeki aku kan. Aku pergi ngn dia. Tiket? Biarlah rahsiaaaa :D
Kite org pergi satu kereta, aku pickup kak dilla dkt Amcorp Mall. Then shoot terus g SNBJ. Jammed? Takyah cakaplah kan. Lagi2 jumpa Indonesia kan. Memang stadium FULL HOUSE!


Seriuss. Tak pernah rase kemeriahan, kesemangatan antara sume penyokong Harimau Malaya time tuh. Specially Ultras Malaya, Team Malaysia, Ultras2 sume. Termasuk sume yang ade kat SNBJ time tuh. Pergh, mmg cannot said by words! Meremang bulu roma lahhhh!. Dengan tifo made by UM07. Aku kagum ngn dieorang actually. Kadang2 dieorang nih ade ke bajet dieorang untuk sume tuh. Atau dieorang gune bajet sesama dieorang sendiri jer. Semangat antara dieorang tuh, buat sume jadi SATU!


Tentang game sume, aku tak rasa mampu untuk bagi komen. Mana yang ok ngn tak. Sbb aku pon baru lagi terjun untuk bersama menyokong Selamanya Harimau Malaya.
Lepas game Indonesia, beroleh kemenangan dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bertemu dengan Thailand. Tapi dengan game timpal balik, Malaysia tak layak ke final sbb kalah agg 1-3 ngn Thailand. Laluan untuk mempertahankan kejuaraan tidak mudah seperti menjulang kejuaraan.


here its for youuuu :)))
#selamanyaharimaumalaya


See you next match at stadium :D

1.2.3.


Assalammualaikum wbt.

Lama giler tak update blog nihh. Kehidupan tak selalu menyebelahi dengan apa yang kita inginkan.
Lupakan segala yang lalu, agar yang datang memberikan SERIBU SATU kemanisan dalam kehidupan. InsyaAllah :)))

Dulu merintih, pabila dia yang di sisi pergi meninggalkan diri. Kini ia kembali lagi. Lebeh tabah untuk mengharungi kali kedua. Lebeh tabah bila segalanya berlaku kerana ada insan lain yang tak menyenangi akan segalanya.
Past is past. I wont turn back, even look at back. Doa orang yang teraniaya dimakbulkan Tuhan. *pesanan ustaz/ustazah dulu*

Ada masa kenangan itu perlu diingat untuk dijadikan pedoman mahupun pembimbing arah jalan di hadapan. Dan adakalanya, kenangan itu juga harus dilenyapkan agar tidak menghantui kejayaan kita di masa hadapan.

Mereka yang tidak menyenangi, aku undur diri dari kalian. Kalian jugak yer. Lenyapkan segala yang lepas, semoga tiada kenangan antara kita. Serta tiada sekelumit tentang diri ini dalam kehidupan kalian. May God bless youuu. Ameen.



With love from bottom of my heart.

September 4, 2012

......



Harap Maklum.
Laman Blog ini 
diselenggara 
sementara waktu.
Ok bai :p

March 17, 2012

malas!

assallammualaikum wbt.

banyak nak citer.
tapi sangat malas nak mengarang ayat.
so bukak jugak.
nak taip jugak.
nak bgtaw,
sgt kenyang arini.
keluar dgn pakwe.
dan pakwe sy jugak ade berita gembira taw utk sy!
tunggu nnt saat yang bahagia okeyh!

selamat malam. tadaaaa with LOVE :)

March 8, 2012

Hari Jadi 2012

Assalammualaikum......

Hye peeps!
Curik masa jap nak update belogg nie.

okeyh nak citer ape jadi Sabtu 3rd March. my sweet 23rd years old. aiceh. sweet sajer kan. hahaha.
sehari sebelum tu, kat ofis. dah sambut secara reramaaaai. tp sayang, tak de pong satuuu gambar di ambil.
sedih :'(
yang best, kat office tuu, dieorang reraaaaaaami menyanyikan utk kitew lagu Happy Birthdaaaaay. time tuuu, terharu sangaaaat. dieorang sume gileeee! thanks to Neilson, Kumaresan, Michael, and my boss Mr Vick. also my supervisor Saravana. ehh, sume indian kannn. yupp! sy keje ngn Indian guys, but them very kind peoples!!!! bekerja dangan gelak tawaaa je, even though there's lot of reports and task to do. hihihihi.

then the final, malam Birthday tooo. oh shett guyss! mata sangat lah ngantuk. apa ponggg tk bleyh, sdgkan sabtu tu, i'm on leave.mata nie kengkadang tak baek jugaaak. ihihih. so disebabkan mata ngntuk. tido lah awal. Pada masayang sama, sangat kelakar sbb aku buat alarm pkul 12.30mlm. Setengah jam selepas 3rd March. sweet takkkkk? kihkihkih. tp yang sadisnyeee, aku bangun *actually Terjaga* pukul 4.30am. hahaha. kesian kan. time tu, bee bee emmm, mesej, wassaaap. segala jenis lah. twitter, pesbuk also byk NOTIFICATIONS. mihmihmihmih :p

Lepas terjaga terus tak tido tawww. Pastu siap2, pagi tu plan actually nak g S.A. sbb nak antar perfume dekat kak shida. so siap2 terus gerak pepagi tu. singgah Dato' Harun, sbb nak amek beloved pakwe. Pakwe nie satu hal, dah taw nak pegi. dia suka lelambaaat. dan bila lelambaaat. aku mula lah hangen. itu #MyBadHabbit. okbai. hahahah. tp time pagi tu. aku mcm senang lenaaang je. tkmaw marah2 apa sume.
sbb pakwe cakap kejap la, lembut2 je die. tk syak apa2 ponggg.

sekali die datang kat keretaaa, dan menghulurkan sejambak bunga. dan me, speechless. si demokk tu mmg tk reti nak plan apa2. but sometimes, bende2 mcm nie mmg buat aku terasa dan terTacing. thankiyouuu pakwe. thankiyouuu too for everything.

sweet kannn. heheh. maceh ye pakwe.
thanks for the Love you given to me!!!

dan lepas surprise nie, rupenye tak jadi g jumpe kak shida nak anta perfume. sbb kak shida tu de event kat Putrajaya. aku terkedu betul ngn pakwe nie. bgi org len mmg ape lah sgt. tp klu korang dah taw lelaki yg korang cintai tu mcm ne orgnye. bila buat bende yang rase mcm setahun sekali buat, dan tk expect it will be happen. mmg SPEECHLESS lah weyhhh. *okeyh, i'm over* heheheh -berbunga taw hati perempuan dapat bungaaa. mana pompuan tak suka bunga kalau boiprengg die bagi haaa?heheheh-

Disebabkan cancel plan, terus lah ke maple. pergi brekfas jap. sebb tgh hari tu nak g Kenduri Kawen Kak Liz ngn Ariff Arbain. 

pengantin nak ajak potong kek skali. hahaah :p

dan selepas menghadiri diri ke kenduri nie, terus bergegas ke USJ Subang. Movie timeeeee. kiteroraaaang tgk citerr Adnan Sempit 2. phewssss! terbaeeek nok citer nie. Aku tak pernah tgk movie, yang sepanjang cerita tu aku GELAK NON STOP!! but citer nie, aku gelak tak henti. dari start Jalan ceritanyeee, sampai lassst. saket peroooot aku. hahahahah.

citer lawaaaak buat aku gelak tak henti :D

lepas moviee time. Kiteroang ke Santai Cafe untuk dinner. my Thinking is Dinner, but them *Kak Wanie, Kak Ida, Kak Amna, Abg Pejal, ngn demokkk* planning for celebrate my Birthday. dieroang nie dah mcm siblings dah. tkmaw citecite. tgk je gmbar bwh nie k.


yeaaaah. sayaaa birthday gurl :)

 

 
long lasting friendship. it would never end!



Thanks sangaaaat kepada kakak2 nie. yang setiap tahun ade je hadiah buat saya, saya sangat terharu!!!
kecik Besar tiada beza, yang penting saya sangat menghargai kalian dalam hidup. 

tak lupa jugak semuaaa yang WISH my birthday. terima kaseh mendoakan SEGALANYA.ameen. mudah2an segalanya itu DIMAKBULKAN DIA YANG MAHA ESA.

tak lupaa kepada abang besar. Dia bertunang sehari selepas hari jadi saya. Tahniah Shah Fariz dah Nur Hasyyati. Wish both of you will be last forever!!

Tahniaaaaaah bro! 

Dan jugak kengkawan ex-SKSM yang celebrate my birthday kat Snowflakes Selayang Mall.nak letak gambar. rase ade satu je kot. jap2 ekk..ade satu jeew. gambar len ade kat kamera bee eff eff kiteww. die busy skang nie, study and part time.


errkkkk. nie pongg Ahmat amekkan.
maceh Ahmat. mihmihmih

okeyhhh, see youu next entry. daaaa.


March 5, 2012

M.A.L.A.S

hai kengkawannnn :)


sorry, lamaa sangat menyepi. kat belog nie je lah, aktif bangat kat Burung Biru tu. jaga burung tu, takut terlepasss. Burung tu pongg dah jinaaaak sangat. ooopss. mueehehhe :D

btw, 3r March yang lepas was my birthday.

Happy Belated Birthday
to Me, Myself and I.
23yrs old


hahhahaaa. sekejap sangat dah 23thn. Bila berlepak dengan kengkawan ex-SKSM, rase mcm baru semalam jew lepas darjah 6. Kalau plak lelepaksss ngn ex-JIGSS, rase mcm baru semalam jugak keluar dewan exam SPM tuuu. hihihi. mcm tak sangka kannn. haihh. skang nie, bila umur dah meningkat2 nie. ramai2 sangat yang tanya. Bila nak KHAWEN. Bila nak KHAWEN. Bila nak KHAWEN. hoyyyy, sape taknak KHAWEN. cecakap sket kannnn. kekadang mulut yang menanya tu ponggg, rase2 nak cecili jeeew. gerraaam je mak nie taw nokkk2. hahaah.
aku nak khawen, giler taknak! *abaikan, itu dialog drama bersiri*
tp itu sume Percaturan DIA yang Maha Esa, manusia merancang ke arahNya. doakan lah supaya lebeh mudah ke arah itu. ameeen.

sbnarnye, banyak lah bende nak cerita. Dengan Majlis Khawen office mate. *nie baru betul khawen* Dengan celebrate birthday, seharian yang padat. Eh eh eh ehh. Dua harian yang padat, sehari ngn kakak2 tersayang, sehari FOR SURE ngn geng2 ex-SKSM. serta si diaaaa lah. si jantung hati . opps. abaikan. heheh

tapi sbbkan M.A.L.A.S nie dah melekat satu badan, ini je lah dluu ekk.

nanti sambung lain.
nak p shower2 jap.
dari balek office smpai la nie. tergelimpang lagi. ookk owwwhhh. 
hehehe. 
daaaaaa



last but not least, order2 lewww perfume kiteww tuu. wangi taww. 

February 14, 2012

Perfume Jenama


Hyee kawan2 sume. Sorry ganggu you all, tapi klu bleh jengah2 lah sket. Tetibe pakwe antar emel. Ade sket nak buat bisnes2 nie. Klu diri nie mmg tak lah jawabnyaaa, sbb memang failed :( hihihi. Kuat sgt pakwe nie nak  nak buat itu ini apa sume. Otak die bab mencari income income nie, totally aku kalaah. *terima jelaaaa*

Okaaay2 back to the story. kat bawah2 nie ade lah sket Perfume2 Branded. Memang originaaaaaaaal. Klu korang beli, korang akan dapat SEBIJIK macam gmbar kat bwh2 nie. Sekali dengan kotak, BUKAN dalam pek travel beg tu. Klu pemakai yang dah selalu pakai, so korang2 mesti dah biase dengan bau-bauan nye kan. It's same with market. Skit pon tkde yang beza. Jenguk-jenguk lah bawah ye.

Klu ade pape nak order mahu pon yang berkenan, boleh lah tinggalkan komen di bawah entry nie, ataw add di Facebook : Nurul Hidayah Merah atau di Twitter : nurulhdyhmerah . Pertanyaan pon di alu2 kan kawan2 semuaaa ye. Thaaaaaaaanks alot!