January 30, 2013


Hi kekawans :)


Alkisah, Selasa lepas sewaktu dekat rumah. Ternampak kelibat Eone melintasi halaman rumah. And he is botak. Hihii. Kisahnya jugak, aku nih taktahu lah pasai pa. Dok tgk abam2 botak nih, im feeling them so sexyy! Ewww. :))
Ianya bermula pabila aku minat kat abam Hai-O tuhh je. Pemain ATM. Even aku nih penyokong tegar tak bape nak tegar Selangor. Tapi aku suka si Hai-O tuhh! Die cekci sbb die botakk. Kihkihkih. 
So back to the story, Aku ade menuit lah si Eone nih yg die comel bila botak. Hahah! Tapi si Eone cakap die igt botak nak nampak garang. Mata orang lain mungkin lah kot. Mata aku nih botak tuh cekci. :*
So si demokk now always stalker my timeline! Sbbnya dia tahu aku nih tahitwitter! Then tanpa dia sedari dia melangkah ke kedai gunting rambut nearest rumah dia. Lalu membuat keputusan membotakkan kepala dia. Dia jarang botak. Bukan jarang, tak pernah pon. Maybe ade dah bertahun lamanya. So tukang gunting rambut pon not suggest him botak licin, cuma botak mcm abg2 askar tuh. Masih ade rambut sikitlahh.
Then, malam tu dia bbm dan bgtahu alkisah nih. Tak tertahan aku dok bantai gelakkklah. Dia punya cemburu tahap mcm tu sekaliiiiiii. Seriusss me so surprise! Dulu pernah suruh dia buat. Tapi dia taknak, kata itulah ini lah. So bila dia gatal dok baca whateva me tuit with Eone baru terhegeh g gunting rambut. Pastu tanya diri sendiri balik, tak menyesal ke apa yg dia dah buat. Seolah-olah mcm lah potong rambut botak tu satu kesalahan. Apalahhhhhh -.-
Malam tu dia datang KL sbb esoknya dia bercuti ke Melaka with my sisters. Unfortunately tak dapat join sbb cuti tahunan tak banyak utk diambil. So dia berjimba ngn kekanda kesayangan je lahhh.
So pagi subuh tu g amek dekat Duta Terminal, dia punya gigih takmaw tnjuk rambut botakknye tuhh. Dok pakai sweater ber- hooded tu. Aku punye gelakk lahh. Nak terpecah perut. Tapi dia sangat comeeeeel. Hihihi. Sorry. Terlebeh plak ngn pakwe sendiri :*

Tu je kisahnya. Takde lah ape sgt. But to me his so special! Tambahd ah kejauhan nih, betul-betul menguji perasaan. Apa je yang berlaku sekelumit zarah pon mampu mengesyaki sesuatu.
Thanks demokk for being with me always!ILYSM ♥ ♥ 


continue......

January 21, 2013

Habit T__T


Hellooo peoples!

Page 21 of 365.

Hari ni birthday Apit. Happy birthday shout out to youu. Tahun ni SPM. Please buat betul-betul. Jangan nak main motor sangat. Gatal amek bidang sama mcm aku dluu. So banyakkan praktis. Practice make perfect. Aicehh.

And back to the topic, HABIT.
Sejak aku keje tempat baru nih. Dekat Sri Gombak nih. Keje nih banyak masa terluang. Kadang2 keje tu aku kene tangguh2kan. Bukan sebab aku malas, tapi sbbnya kalau aku habeskan. Nanti aku akan ketiadaan kerja. Seriuss! 
So aku kene manage keje tu. Buat slow-slow. Haa, gitu ok. :))
So nak jadi cerita, bila keje tu takde. Sampai masa makan, then online non stop. Bila lepas makan tengah hari. Secara AUTOMATIC-nya mata akan mengantuk. Ni betul. Bukan main-main.
Sejurus selepas pukul 2pm, kalau boleh nak dipejamkan je mata nih. 
Pastu lately nih dah lah kuat tido. Stress sangat. Penyakit apa ntah yang melekat dalam badan ni. 

Mak cakap, kalau kiter mengantuk je nanti kiter macam nak disuruh berjaga. Kononnya ada benda yang tak baik nak berlaku nanti. Tapi taknak fikir pon. :/

to be continue...

January 19, 2013

Dari hati yang terluka ♥ ♥ ♥


Salam dari jiwa yang sepi.



Aku bukan lemah tanpa cinta,
hanya tidak mampu sendiri tanpanya
biarkan aku menangis kerna derita...

..........

January 14, 2013

Melaka for Assam Pedas + Coconut Shake


Hi Isnin yang tak berapa disukai ramai ^_^
Me too! Hahaaa. Kesian Isnin actually, begitu ramai musuh. :)

Itu bukan kisahnya. Kisahnya pabila balik pada entry di atas. Harap maklum.

Ahad, 130113

KL - Melaka - Sup Meletop, Tasik Permaisuri - Jalan Ipoh - Koperasi Polis - Selayang.

Ini cerita bila tiga orang ini bertemu dan berkumpul dan mula melakukan sesuatu yang kadang-kadang tidak tercapai akalmu. Abaikan bahasa sastera. Permulaan seperti biasa, kejap lagi keluar segala bahasa paling ringkas dan jitu keluar. 

Aktiviti mcm ni mmg selalu tak dirancang. Lebeh selesa bila salah seorang bersuara dan mengusulkan cdgn. Then berambus pergi! Plan-plan bagai nih kadang2 gempak je lebeh. Jadinya tu tak pasti lagi. Karang last-last minute nanti ade je alasan yang itu lah, ini lah. Selalu dah kene mcm nih, So skrg nak g mana-mana, slumber je last minit cadang. :)) Takdoklah sakit hati sangat kan kalau last2 minit plan then cancel. Kalau awokk dah plan awal-awal, sume dh siap sedia. Pastu cancel. Pedaaas gak tuh. 

Jadi oleh itu, permulaan 2013 bermula lah sedikit demi sedikit kerja gila. Tak gila bagi orang lain. Gila bagi diri sendiri. I'm talking bout myself kan? *emo tetiba jap*. But me noticed, Sunday 130113 being so nice! Gila takkk, dari pagi dah hujan taw. Syukur. Hujan tu rahmat. Sampai ke RnR Seremban pon lembab2 lagi. Benti makan breakfast dekat sejam weyh. Dah duduk makan borang gelak macam kau nak mampus jap lagi.    


KFC ni meriah sbb gelak tawa kiter org bertiga. Its good what? Pfft! 

Selepas kenyang, penat gelak ketawa. Bahan sapa-sapa yang depan mata lalu meneruskan perjalanan ke Melaka. Kuasa Viva 1.0 je kan. Nasib jalan clear. Cepat tak cepat, sampai ngam2 time makan tengah hari. Lagi satu, Melaka hebat dengan satu jalan. Kau lepas satu simpang, kau pusinglah sampai kau jumpa simpang tu balik. Shiaaak tu taw tak? Maafkan saya orang Melaka. Hihihi :D
Mencari Asam Pedas Selera Kampung dan jumpa! Itu awesome. Walaupoun berpusing bagai nak gila. Haahaaa. Tapi yang makan tgh hari cume aku ngn si enot jer. Si aten tknak makan. Kenyang katanya. Mmg tak geng lah kau nih! 


Untung gak si Aten tak makan, tukang snap gambor :))

After makan, jenjalan jap kat Pahlawan Walk Melaka in front of Taming Sari Tower. Cett. Sengal punya lidah! Si Enot nak beli jajan, Si Aten hanya memerhati dan meng-snap gambar and me sempat sambar satu t-shirt. Wajib kot, g setiap negeri beli baju I Love ...... Buat koleksi jer weyh :))

Jersey Harimau Malaya tu baru dapat.
Ter-combine skali plak. Hihihi

Selepas berjalan-jalan, kecoh-kecoh kejap. Ke Klebang katanya. Nak try Coconut Shake. Shacking terus selepas minum coconut tuh. Harrey buduhh! 


coconut shake + camwhoringggg :)) 


After mengeteh, melantak berpusing segalanya. We off to KL. Kota raya ku! Tak gituu? :)
Walau sekejap berjauhan dari Kuala Lumpur, aku amat merinduinya. Lahir Hospital Kuala Lumpur kot. Tapi aku berdarah kan Selangor. Kene mengene takkk?? Mak Pak Javanese-kan. Aku jer murtad jawa. Me feel so sad okeyh!

Mempergunakan kesempatan lampu trafik yang merah  dan jalan jammed. Bantai bergambar! We are still younggggg. Hoyeahhh :D

me elin aten me elin aten me elin aten me elin aten

till we meet again for next trip. :))



cencaluk, belacan, kerepek, keropok as background.

bye Melaka.
See you again .











January 12, 2013

A part of them but not me :))


Hi Malaysian. Hi World :))

12.01.2012
Page 12 of 365.
29 Safar 1434H.


12.01.2012

Happy birthday Kak Amna. Since kenal kak amna dekat 6 tahun yang lalu. Saat perkenalan sewaktu mula bekerja di KWSP Jalan Raja Laut. Kecik je orangnya. Even dah 6 tahun berlalu, dia tetap kecik. Makan banyak. Tak kira waktu. Tapi pasal apa entah. Aku jeles! Hahaa. Semoga tahun 2013 adalah terbaik untuk diri kak Amna. Tak kiralah dari segi apa sekali pon. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah swt :))


sorry kak amna curik gambar :P

Page 12 of 365

(i) Today its match day! 

Dua bas dari Hakim Sekyen 7 akan bergerak jam 10.30am menuju ke Stadium Jalan Besar, Singapura.
Jiwa kental semangat Red N Yellow Till We Die #RNYTWD menebal dalam diri komrads ultrasel membawa jiwa ke sana bersama kesebelasan pemain Selangor dan jurulatih Irfan Bakti!
2,3 hari sebelum hari ni, Kak Dilla ada call. Nak ajak pergi sekali ngn dia. Niat di hati berkobar2. Ye memang, tapi sayang me not ready yet prepared my buku merah. Sadis kann. So lepas nih kene standby. Atleast kalau ade plan mengejut, buku merah dah ade ^_^.
Semoga kekorang yang bergerak ke Jalan Besar, selamat sampai sana dan kembali ke Hakim Seksyen 7 dengan lancar!
And i wish one day bleh dapat join dieorang yang gilaaa ni untuk awaydays game. Tak kira dalam atau luar Malaysia. Demi Selangor mahupun Harimau Malaya. *ME IS OVER. ok bye!*

fadhleymazlan

Pinjam gambar abg fadhleymazlan.

Page 12 of 365

(ii) Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 


Saya taktaw nak cakap apa. Ilmu kat dada tak cukup untuk mentafsirkan kenapa dan mengapa mereka mengadakan himpunan ini. Tapi disamping itu, saya cuba untuk mengetahui. 


till we meet again ... 





January 8, 2013

:)




Just wanna inform you guys.

Kebelakangan ni sy sangat nakal.

Ok bye! 

continue....


January 5, 2013

Periuk baru


"Periuk baru dengan Tahun baru. Tak kene mengene pon ngan orang lain kan. Tapi kalau Pengantin baru ade kene jugaklah. Pengantin baru di Tahun baru dengan Periuk baru serta kehidupan baru."

Hallooo ^_____^
Mengancam tak mukadimah. Haha. Tak sangat pon. Tak reti nak buat ayat pepadu mcm dadu tuh. Bytheway, kali ni nak citer tentang kebetulan yang tak diduga. Mungkin jugak rezeki kot.
Ok, last keje dekat Linfox Transport (M) Sdn Bhd dekat Jalan 222 PJ tuh. Avon federal highway tuh, ha belakang dia. Dekat ngn pusat servis kereta Swift. Kemain banyaks bg clue kan. Tak perlu pon kot. :)
Entry before nih ade jugak update when me joined there. Seronok kejer kat sana even stressed die tahap gampangs jugaklah. Sbb apa, carilah entry lama. Tapi sayang, sebab si Senthil aka si pendek tuh juga perangkap Site Manager lalu aku meletakkan jawatan dengan cara paling rare. You guys tkyah tahu lah ek. Hihii :D

Then lepas tu, 3 bulan gak lah goyang kaki poket kering. Dengan kereta nak dibayar, rumah belanja dapur nak ditanggung. ITS NOT AWESOME ok! Fuh, a bit seksa. A BIT? Haktuih kau. Sangat seksaaa ok! Dugaan time tu, tktaw nak cakap. Tuhan je lah yang mengetahui. Orang yang rapat ngn aku time tu, Mummy Hanny , Mokde , Cu and him Demok sentiasa ada di sisi. Tolong dalam keadaan aku kejatuhan.
Habes time tuh sume apply panggil interview tp satu pon tak lekat. Entah ape dan kenapa aku sendiri tak pasti. Mungkin tak sampai rezeki lagi kan. Cuba menyedapkan hati. Tapi masa yang sama, sementara takde keje tuh. Mummy suh takeover tapak yang bukak dekat Giant Batu Caves. So busy jugaklah, ngn uruskan staff, amek stok ngn macam2 lagi lah. Pastu g bukak tapak kat opis Jupem + Celcom dekat Jalan Semarak.
So ade lah income untuk tambah2 skit time tuh.
Dan kawan yang mengetahui aku jobless time tu Tika . Banyak gak viber ngn dia. Dok cita aper sume. Dia pon time tu nak resign kje dia dekat Sunway tuh. Mintak tlg dptkan surat resign. Pastu entah tak lama mana, di dapat offer keje. Dekat Sri Gombak. Pastu tak lama tuh, dia viber lagi. Katenyer dekat tmpat dia nak pakai admin staff. Lalu dengan pantas meng-email-kan resume dekat dia.
Dan memendekkan cerita, dapat panggilan interview. Hari Sabtu tak silap time tuh. Pagi. Dan dengan segeranya petang Sabtu yang sama aku jugak di-offer untuk kerja. Lapor diri hari Isnin 10 Dis 2012.
Semuanya mcm sekelip mata. Alhamdulilah kan, masih terbuka rezeki untuk diri walaupon sebelum tuh agak kucarkacir diri ni.

Apa pon, syukur dan terima kasih dekat si Tika nih. Kalau tak sbb dia, tak jugak aku dapat kje sni.
Alhamdulilah keje skrang nih sangat sempoi. Sometimes, me so free! Online je kejenyer. Ok lah kan, klu tk leh online, lagi lah aku bohsan tahap beruk cimpanzi kot. Melanguk dan tak mampu buat apa-apa. Hihihi.
Untuk kawan aku si Tika nih, yang aku kenal since darjah 4 kot. Dok seflat, sesekolah yang sama, sesekelas yang sama lagi plak. Time kasih byk2 sbb kau dapatkan kerja untuk aku. Periuk nasi aku untuk tahun 2013. Doa aku mengiringi kau agar kau jugak berjaya untuk masa hadapan. Ameen. Thanks alot babe!!!


continue......

January 4, 2013

TwoZeroOneThree!


Page 4 of 365.

Hi.
Salam.
Selamat Pagi/ Selamat Tengah Hari/ Selamat Petang/ Selamat Malam.
Salam 1Malaysia :)))

Tahun 2013. Tahun Ular. Tahun kelahiran ku :)
Entah kenapa aku lahir tahun ular, tapi binatang tu paling aku geruni. Apa jenis lah, yang plastik ke, yang tipu ker, yang kayu ker. As long menyerupai. Aku gerun!

Tahun yang dulu2, rajin jugak pasang azam. Sibuk kan. Orang lain sume tanya azam tahun baru. Benda tu dah jadi mcm kemestian. Tapi sampai hujung tahun, entah mana azam, berjaya ke tidak aku sendiri tak tahu.
Tiap tahun umur meningkat, dari situ lah belajar tentang kehidupan.
Jadi tahun 2013 ni, aku bukanlah takde azam. Takde azam pon boleh ibarat takde arah tuju dalam kehidupan kan. Takde target dalam hidup lah senang kater.
Cuma aku mcm lebeh senang mengikut percaturan dalam kehidupan yang bakal jadi.
Aku jugak tahu takat kemampuan diri aku sendiri. Takkan aku nak azam jadi kurus mcm Erra Fazira sdgkan aku skrg nih lebeh kurng mcm si Mek Kelate tuh. Hok gebu2 kan. Hahahaa :D
Jadi aku lebeh pegang pada BUAT TAKAT MAMPU.
Walaupon tahun 2013 nih sbenarnye banyak yang aku rancangkan. Tapi aku rasa ia sangat jauh. Daripada aku mengharap benda yang aku sendiri tak pasti akan kejayaannya, baik aku amik lgkah lebeh selamat dgn tidak letakkan harapan yang tinggi.

InsyaAllah, dgn izinNya segala apa yang dirancang akan jadi. Percaya ok? :)

Happy new year. Wish you happy, happy and happy.

continue....