December 4, 2013

satu minggu tiga hari.


Assalammualaikum wbt.

Hellooo. Gemorningggg.

Masa makin dekat. Ya Allah rasa dia tktaw la.

Kerja pun menunggu hari. Esok lusa tulat.
Pastu habes dahhh keje ngn Swee Construction & Transport. Sesape nak try leh la submit resume.
Ade kekosongan sini. Nahhhh terus iklankan jawatan sendiri kan. Hahaha.
Good luckkk bebeh.

Persediaan? Dulu mungkin rasa meriah. Sebab time abang kawen dulu buat kerja rewang. A week lagi dah rasa seronok dah. Pom pangg sana sini. Buat havoc sana sini. Hahah. Bebudak lagi time tu. Tak la budak sangat. FORM THREE giteww.
So kali ni rasa macam sloww slo sebab sume keluar duit, then taw ada je.
Yelaa, katering kan. Sume is ready. Kita tktaw apa aapa.
Maybe dua tiga hari before majlis baru la kot rasa meriah dia.
Harap la kot kan. Hehehehe.

En tunang lately ni tak sihat. Maybe gemuruh sangat kot? hahahaha.
Sampai bengkak tonsil dia. Kesian dia. Dah la payah makan ubat.
Risau je. Kang hilang suara, mende nak di akad kan nnt ngan juru nikah? Heheheeh :P

Saya? Alhamdulillah okaay. Mudah mudahan diberi kesihatan yang sebaiknya sehingga segalanya selesai.


nanti sambung lagi ye? :)

November 20, 2013

Bride to be : Fitting done.


Hye semorang.
Hari ni ade baki lagi 24 hari menuju ke harinya.
Debar? Giler takk.
Keje lagi dua minggu.
Sekejap kan?

Ok. Nak cite sabtu lepas. Pergi fitting baju kahwinnnn. Yeayyyy.
Dalam hati tu, muat ke, ketat ke. Matila kalau ketat. Mana akk tu nak tambah kain. Diet ke longkang.
Serabut taw. Hahahaa.
Kelam kabut gak sehari tu. Ke sana ke sini sebelum ke butik.
Alhamdulillah semua sempat diselesaikan.

Sebab keluar awal pagi, butik bukak kol 1tgh hari.
Ngam ngam buat uruskan hal lain. Jadi tak rasa la buang masa. Walaupun hakikatnya ade sikit. Kahkahkah.

So siap je sume, ngam gak pukul 1tgh hari. Terus ke butik. Lawak. Hahahaha
Masuk masuk je butik, akk tu dah siap tunggu. Yela, kata dah buat appt kan? Heheheeh.

Aku pon masuk bagi salam. Lepas berjabat tangan, dengan TAK SABAR kakak tu cakap, " eh nampak awak dah kurus la. pinggang awak dah kecik la. awak diet ke?"

Bertalu talu dia tanya. Tak sempat nak potong cakap pon. Cit kakak ni. Hahahaha.
Jawapan aku? GELAK LA. Korang pon. Macam taktaw. Eh mmg la tktaw kan. Hihihiihi.
Aku gelak je. Ye je la akak ni, saya sebelum nak dtg hari ni, kemain sy risau. Muat ke, ketat ke. Diet diet gak, tapi lebeh ke longkang je. Hangat hangat tahi ayam. Hahahaha. Ikut dan saya je kak. Malas no satu. Tapi sy skip la makan malam. Tu je paling pergi sy nk buat. Haaa, nampak? Diet apa tu? Hahahaha

Masuk duduk duduk jap. sambil tengok last day FBI #amkrew. Kakak tu siap nangis lagi. Ok. Aku pun sama. Hiks. Ratu leleh, bab bab mcm ni mmg tewas. Hahahaha. Walaupun tak kaitan. Ok menyimpan dah ni.

So akk tu pon ajak masuk bilik tengok baju kawen. Hahahaha. Gelak je. Macam tak percaya weyh. Sumpah tak percaya. Hahahaha. Ade jugak orang mcm ni kan. Akak tu dah cakap, konfirm baju awak tu BESAR. Seriously, BESAR.
Tang baju ok lagi. Ok pon dalam 4 inci kene kecikkan.
Tang kain la. Hahaha. lawak nak mamposss. Longgaaaaaaaar. Ade la dalam lebar empat jari. Loose je rasa kain tu bila kat pinggang. Hahahaa. Sumpah tergelak gelak. Diet mende aku sampai kain longgar camni. Nak terlucut je kain tu. Hahahahaha.

Rasa perempuan melayu paling ayu bila pakai baju kahwen tu. Takleh blahnyee. Sumpah nak gelak. Saat tengah menekan keyboard ni pon dok tersengih ingat balik time tu. Heheheh.


En tunang, pon ade jugak. Dia punya baju takde longgar. Ngam ngam. Ok la. Selesa. Dan hensem laaaa bila dh pakai baju pengantin. hahahahaha. Tak cakap pon depan dia. Cakap nnt time langsung. Kihkihkih.
Dengan tanjaknya, alahaiii. heheheheh :P

Gambar? Ade la. Tapi tuk stok sendiri. Kalau share sekarang, tak syiokk la.


Jumpa lagi lain waktu.

November 14, 2013

Sepurnama.


Salam Khamis.
14.11.2013.

Tiap kali buka blog sendiri. Tiap kali tgk side belah kiri.
Nah ngam lagi sepurnama.
I always doa semoga dipermudahkan segalanya sehingga selesai majlis semuanya. Mudah mudahan diperkenankan olehNya. Aamin yra.

Persiapan?
Nahh memang la kalau kenal sekenalnya, bg si encik tunang pon dia taw me seorang yang mmg suka prepare awal. TAKNAK LAST MINUTE. SUMPAH BENCI.
Tapi setakat ni, barang barang lain sume dah ada. Cuma untuk hantaran je.
Tinggal nak amek dulang kat member, pastu beli barang hiasan then hias. I just need one day, and one short terus siapkan semua hantaran untuk si dia.
Plan awal nk buat sekali bg pihak lelaki. Tapi mcm susah plak nanti, nak collect kat sini dulu.
So, yg lelaki tak jadi nak buat. Just buat tuk me sahaja.

I have my own imagine nak hias dulang. SIMPLE. Tak cantik bia la. Sure ade je nanti dok cakap. Takyah jauh. Tu haaa dua gemok kawan me tu CONFIRM. Lantaklaaaa, masing masing kan.
Jenuh gak nak gugel tgk gegambar semua. Tapi semua sarat.
Dah key in simple pon, mana pegi simple pon tktaw.
TIPU je.

Pastu esok lusa ni nak p fitting. Haaaa EKSAITEDD kan??
HAHAHAA.
Me the one paling paling eksaiteddddd sebab badan tak kurus kurus laaaa.
Baju apa jadi nanti tktaw. HAHAHAA. TAK LAWAK PON.

Makan tak nak kawal, tapi bising bising. Rasa rasa bride to be paling sempoi kot.
Kekawan dok tanya persiapan, jawapan watlekkk jew.
Hahaaa. Adehh. Taktaw nak jawab guana. Tapi sume under control. #peace

countdown together with me? hikss. kbye

to be continued . . .

November 12, 2013

Bride to be : Petunjuk arah jalan.


Salam petanggggg semoorangggggg.
Bukan memerang taww. Eh. hahahaa.

Hellooooo.
As per entry hari ni nak update tentang #DoItMySelf .
Dah namanya buat sendiri, memang akan jadi palingggggggggggggggg SIMPLE la kan?
Takpela, aslong orang cari rumah pengantin jumpa.
Tadi dok sesi berjawab ngn cik GUGEL.
Ade gak few tips dapat.

kalau rajin klik la link nnt sy sharekan. tapi nk cerita gak. ingatkan dekat blog tu dia ade share how to make a petanda arah jalan ni. Rupanya tips yang selalu pengantin pengantin yang lelepas buat petanda tu.
maksudnya KESILAPAN la.
Ayat pedas, tapi ada betulnya. nak view blog niii ------> akudankauadalahcinta

amacam? ada betul tak. hihihihi.
so lepas tempias kene baca ni, terus gugel lagi. DIY petanda arah jalan.
Alarh type je la apa pon, nnt si gugel tu bgtaw la penyelesaiannya. #peace

so dh view satu dua tiga blog, and last me pon buat la.
dan hasilnyaaa seperti di bawah ni.
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

 


   


sikit view la. eh ni la hasil dia. hahahaah


step by step?
im using Microsoft Word. Pastu create la Walimatul Urus ke, Majlis Pekahwinan ke, ataw yang bersesuaian la kan.
Fon ke apa sume biar macam apa yang link kat atas tu pesan. JELAS DAN MUDAH DIBACA.
Kang sia sia orang cari jalan, petunjuk tak betul, tak la datang ke kenduri nanti. Tsk Tsk. T______T
Setengah petunjuk arah tu ade dekat word ---> insert ---> shapes.
macam yang arah tunjuk roundbout tu takde.
So guna la kreativiti anda. 
Berbekalkan belajar lukisan geometri dulu, melukis la guna PAINT.
Tapi kalau diamati betul betul ade la cacat cela arah anak panah tu.


TAPI, takde sape yang nak parking tepi jalan tu nak intai petunjuk arah jalan nih. kbye. :P

to be continued. . .

November 9, 2013

Bride to be : Legaaaaaaa.



Selamat hujung minggu.

Dua hari cuti, sibuk ke sana ke sini. Tunggu juru nikah, pergi sana sini. DUGAAN :)
Sabar itu indah.

Pujuk diri sendiri ni.

Alhamdulillah, dipermudahkan segalanya.

Cerita penuh dia. Hmm tak larat nak tenyeh keyboard ni balik.
Tapi nak cerita gak.

Khamis, 7/11/2013.
Plan cuti, nak jumpa jurunikah dekat masjid Al-Zakirin Taman Wilayah Selayang. Janji ngn abang (wali) jumpa kat masjid. Ni cerita pakat main terjah je. Sampai sampai, abang dh ada. Pergi lah ofis masjid tu. Bagi salam masuk ada sorang ustaz. Tanya tujuan kemari apa semua. Alkisahnya, juru nikah masjid ni belum balik dari menunaikan Haji. Ikutkan 18/11 baru flight balik Malaysia. Tu pun bukan terus masuk ofis kan. Mesti sehari dua baru masuk. Itu pun kalau sihat, bak kata ustaz yang dekat ofis ni la.
Pastu aku ngn abang berpandangan satu sama lain. Ustaz bagi cadangan, bagi no phone ustaz yang wakil tu. Sebab memang dah sedang elok prepare sekarang. Lagi pun aku dah sediakan segala borangnya. Cuma tinggal turunkan tanda tangan jurunikah dengan si wali.
Telefon tak berangkat. Ustaz tu kata wakil jurunikah tu dekat Masjid Sgeambut Dalam. Kan dah cakap tadi pakat main terjah. Lagi sekali abang dan aku buat kerja gila terjah masjid Segambut Dalam.
Macam aku taw. Memang tak la kannn. Slumber la. Redah. Sesat sampai ke Sri Segambut. Aku ingat Gombak je ade Sri Gombak ni ha.
Alhamdulillah jumpa, tapi dukacikta gak. Memang jurunikah yang dicari tu takde. Dia ada kursus dekat Masjid Negara. Kisahnya. Patut tak angkat fon. Yang ada dekat masjid tu bgtaw suruh datang esokknya. Kursusnya hari rabu dan khamis. Pulangla dengan wajah hampa, ingatkan boleh selesaikan sume. DAN AKU TAKTAW SEBENARNYA KENE BOOKING atau BUAT APPOINTMENT DULU. Kira sistem amek no ke? Hmm. SABAR ITU INDAH :))

Pastu tak jadi nak uruskan hal ni, berlari *dibaca dengan cara memandu*, ke pusrawi jalan ipoh. Uruskan penangguhan anak buah. Kejap di jalan ipoh, kejap kat batu muda gombak ni ha. betul betul jadi supir. CAPEK TAW ENGGAK.

Alhamdulillah dipermudahkan jugak. So, selesai la sikit.

Nampak tak? Bukan semua mudah taw. Takpela. Nak senang bukan mudah kan??? :))

Jumaat, 8/11/2013
Semalam jurunikah tu ada lah mesej. Sebab telefon banyak kali tak berangkat. Mungkin hal penting, dia pon mesej la tanya apa sume. Oleh itu ade conversation ngn jurunikah di mesej, lalu buat appointment berjumpa di Surat Jumaat Al-Hijrah PPR Intan Baiduri. Kisahnya sebab ustaz ni duduk dekat PPR Intan Baiduri ni. Ustaz tu janji katanya 10.15am - 10.30am dia ada di situ. So takde masalah lah pagi kan, terus cakap ya. Bagitaw abang, abang pon terus ke surau tu. Fitrah manusia kan. Dalam masa yang ustaz tu sendiri tentukan, tapi ustaz tu sendiri lewat dalam masa SETENGAH JAM.
SABAR ITU INDAH. NAK SENANG BUKAN MUDAH.
Sampai je juru nikah. Duduk la dalam surau tu, katanya amek anak sekejap dari taska. Hari Jumaat, balik awal. Pastu terus nak ke Segambut. SIBUK.
Tanggungjawab dia kan. Sana sini nak dikejarkan.
Selesai berdiskusi sedikit, terang apa yang patut, tanda tangan pon dah diturunkan.
Alhamdulillah selesai. Ustaz suruh terus anta Jawi. Proses kat Jawi tak lama. Abang pesan benda yang sama.
Terusla aku start enjin kereta gerak terus ke Jawi. Ngam sampai plak nak dekat solat Jumaat. Bayangkan je la menunggu ustaz tu tadi kan.
Pastu nak bagi tawwwwwwww. Nak ke Jabatan Cerai, Rujuk, Nikah tu kene naik tanga botingket tingket. Perghhhhhhh. Nafas takyah cakap. Tercungap cungap aku. Phewssss.
Panas matahari atas kepala. *ok, panas akhirat lagi la sejengkal* Tsk tsk. T_____T
Nasib gak la sempat sebelum depa lunch time kan. Kan Jumaat, rehat kerajaan awal pastu lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Sampai je amek no, serah dokumen yang dah lengkap. Tunggu akan dipanggil semula.
Pastu pergi kaunter, amek duit bayar sebanyak RM25.
Tunggu sekejap lagi, pegawai dia bagi balik borang yang dah lengkap DAN DAH BOLEH NIKAH BILA BILA MASA. Mengenyam nak mampos.


Disebabkan busy sangat ke sana ke sini. Tak dan nak amek gambar dokumen dokumen tu. MOTIFF TAKKK?? Hahahaa.
Tu je nak bgtaw. Sehingga berjumpa di lain masa :))

To be continued.

November 6, 2013

Come into, then you know.


Tanggal DuaJulaiDuaKosongSatuTiga.

Shah Alam - Paroi.
Ada kisahnya.

orang tengok bola, kami bergambar.


photo bomb paling belakang tu.

nampak tak. sume fokus nak goaaal. 












COMPLETE.
Terjahan ke PAROI.
cikebom cikebom.













nampak tak dia selfie.
ME?
lawan pipi. HAHAHA. 


paling eksaited dia ni.
satu paroi dengar suara dia JE.


Dua yang belakang
tgh fokus tgk bola.














cant imagine dapat jumpe kak sophie.
SANGAT CANTIK.

yeayyyyyyyyy.
FINALLY














Cerita hepi je la kan. Yang tak hepi? *flush* hahahahaa.
Pestime jumpa. Entry memula ada kot. So takyah la sambung lagi.



Nah cerita kedua.

Damansara - Putrajaya.
Cerita time raya haji. #TripToGombak .
Plan nak melantak DAMBurger.
Tapi hampa. TUTUP.
Mokak kek starbucks, dulik orang kiri kanan pandang.
Tarik kerusi meja orang, orang pon tak berani nak amek balik kerusi.
Hahahaha. GILA.


meriuh kat Starbucks.

GENG PENGUIN
 
sesi kepochi. haa tu abam matyie

apit inthehouse yawwww.

bambam. 


THIS WANT PALING TAKLEH COVER. 
APIT PUNCA ME NGAN KAK SOPHIE GELAK PALING TIDAK SOPAN DEKAT SUBWAY NI. 
U SEE. U SEE.
HEH APITTTTTT. 

boleh join mak jemah pepagi ni.

senget senget pombolehhhhh ^.^

nak cerita taktaw nak cakap macam mana. tapi paling menggila jugak dengan geng ni.
semua bermula dari twitter. 
tak sume kita kenal orang yang jauh ni, tak penah jumpa TAPI dia tak baik kan???
Yang penting niat kita ikhlas :)
Thanks Allah give them to me. 

tapi tapi, ade jugak agi sorang ni, tak pernah jumpa lagi. and for the first time nanti dia dtg waktu my BIG DAY. InsyaAllah. Si Rachael. Ni pun leh tahan gak. Birthday dia coming soon ni. nak dapat kunci pelepasan. Hehehe. 

Jauh jauh dari mata, tapi dekat dekat hujung jari.
You know what i mean. :))





Kenangan yang indah untuk orang yang indah indah je kan?

to be continued. 

Bride to be : Baju nikah siap ! ! !


Jangan tanya apa rasa dalam hati, bila sebulan seminggu satu hari lagi.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, not nebes pongg. Tapi nak terkencing, terberak SEMUA digaul jadi satu :)))

Ok.

Semalam jugak pergi amek baju dekat kakak tailor. Alhamdulillah dah siap dijahitkan. 
Ya Allah eksaiteddd dia tktaw nak cakap. Hahaa. Over sangat. Simpan sikit kannn? Heheheh.
Bila baju nikah dah siap, maksudnya mmg sumenya makin dekat.
Preparation. Ya Allah, jadi gabra pon ade ni. Cuak? Ye. Semuala. 
Cant explain it. 

Baju dia? Nak tengok. Nantila. Si gemok 1 tengah tambah tambah manik kat baju dengan veil. 

Dah siap semua nanti, kite upload k?
Design tak HAVOC ponggggg. Takleh la nak pakai berfashion ni.
Badan macam tong drum, lemak takleh sorok. SEDAR DIRI.
So, tempah yang boleh buat pakai lama je. Tak la bermaksud baju kurung. 
KEMBANG SIKIT OTAK boleh? 
Eh. 

Kbye.

to be continued.

Tiga budak gemok.


Salam Awal Muharram 1435H.

Semoga tahun baru Islam ini memberikan kita segala rahmat daripada Yang Esa.
Dipermudahkan segala urusan kita, dipermurahkan segala rezeki kita. Dilindungi kehidupan kita dunia sementara ini.
InsyaAllah aamin YRA.

And hellooooooooooo peeps.
Today Wednesday not Monday k? Ye semalam kan cuti.
G mana? Buat apa? Seronok?
My turn to story what was happened k?
Chekkidaaaaut.

Kebetulan semalam cuti sempena tahun baru Islam. Si gemok 1 plan deting. Kebetulan si lengan pun cuti. So ngam la keluar bertiga. Ketemula tiga orang gemok.
Macam cerita dulu, masing masing duduk dekat je. Tak jauh mana pun. Tapi kemain susah nak jumpa. BUSY le katakannnnn. ITU SEMUA POYO je.
Tiga empat bulan sekali la baru jumpe. Baru ler rindu keketats kan? Hahahaaha. Annoyeddd.

Deting ngn gegemoks ni takde lain, makan je. Yang sorang tu dulu pantang sangat kalau keluar asyik nak menyopping kasut. Tapi semalam tetiba dia cakap, 'Entah kena sesejak ni aku lebeh banya habeskan duit aku untuk beli makanan. Aku rasa PUAS sangat'. Terus aku pun, like seriously???? Alhamdulillah. BUKAN APA. Rumah dia dah penuh. PENUH PENUH PENUH ngn kasut. NO SPACE DAH. HAHAHHA. Jangan marah mokkkkk. Dia banyak benda fav di. her room FULL ith novels, perfume bottles, SHOE, SHOE, SHOE, SHOE, SHOE, SHOE, SHOE, and SHOESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS. nampak?
hahahahahaa. kbye mokkkk .

spot one place, lepak sejam dua. borak macam macam.
KAMI. 

Dieorang berdua ni lah kawan caci maki, puji tak banyak sikit je. gaduh tikam lidah, sebab mulut memasing puaka. mulut menganjing duapuluhempatjam. telinga tak sakit? biasa, kebal nak arwah dah. tadah je. tapi kalau kene balik watlek je. takde plak nak sentap. kalau sentap pon acah acah jeww. pastu ok jer.
ingat senang nak dapat macam ni?

to be honest yang chubby tu, kawan dari sekolah menengah since me form 3. ngam sejak form 4. dari umur 16 tahun sekarang dah nak masuk 25tahun. dekat 9 tahun. she know everything bout me. tempat meluahkan suka duka, pahit manis, yang terluah ataw tidak. SYUKUR YA ALLAH diberi seorang hambaMu di muka bumi ini yang sentiasa ada tak kira masa untuk diri aku. 
nak mengkritik, nak mengomen please laaa offer diri. pastu ko tadah telinga je ape dia nak cakap.
sebijik sangat dia bagi. pedih gak. tp layan je. kang kalau tak layan dia meroyan. eh. hahahah.

yang tetengah tu sama sekolah jugak. cuma dia lambat sikit nak rapat. time sekolah dulu dia hati tisu. cakap sikit merajuk, pastu ngadu kat bapak. nangis. erghh. memang tak la nak join club. hahahaha. sekarang baru hati dia kental sikit. tu pun lepas kene basuh. wahh basuh. hebat kau nak basuh anak orang? hikss. 
tapi dialah selalu kene bully antara kami berdua. Hahahaa. Tabahla si lengan woyyy. 

Tengoklah ek. Gambar gila gila ni. Sume pakat kepala je. HAHAHAA. 

    

yang tetengah tu memang tamak. NAMPAK?


wellsaid, bab depan kamera mmg dah biasa. SELFIE lah kan. tapi ko jangan nak cakap bila aku depan jurukamera time wedding nanti. kejungg aku nanti. TETIBA. hahahaha.
ade lagi jap jappp.


PALING JOYAH DI TENGAH.
KIRI KANA FRAME JEW. 

menggila gak kalau dah sampai masa buang masa lepak amek gambar. orang kiri kanan dok usya. yela, pompuan kan. tapi hmm, bukan nak kate kami takde adab. kami just have fun je.
tak ggu orang pon. maapka la kami ye. 

   

tak muat nak masuk satu kamera, sebab nak amek nak posing. 
kami GEMUKS. 


last last corat coret time hari cuti. 


dimana mana.



nasib orang belakang tak tunjuk muka.



parking pon mampu. 


terencat.

Its hard to get a friend who is able to accept the truth of ourselves.

to be continued.

November 4, 2013

We Share, We Care.

Helloooooooooooooooooo.

Im at opis now. Nothing to do. Eh, ekceli so many thing to be done. SUPPOSEDLY.
But when u control urself with MALAS, then nothing can be happen.

KELAS KAU JAH SPEAKING NOKHARROMM CENGGINI.

OK.

Abaikan mukadimah di atas.
Back to my entry.
We Share, We Care.

Actually entry ni kisahnya pasal blog En. Tunang. Dia otak memang pasal bisnes. Sometimes tk mampu nak melayan dia. Hahahaa.
Sebab ittew tak reti bab berbisnes ni. Takde basic pongggggg.
Tapi bab marketing ni, try la jugak. Semampu mana.

So blog We Share, We Care ni try to kongsi segala benda yang berpatutan untuk semorang.
Baik untuk kita, baik jugak untuk kita kongsikan semorang.



Feel free to view this page ya?
THANKSSSS.


#iklan #bisnes #online 

October 31, 2013

Project DIY - Bubble Talk



Hello peeps.

Bride to be still awake? Hahaha. POYO.

Lately busy kat opis, tak sempat nak menguji kelajuan ku bertaip.
Lama tak mengasah. Berterabur dah nak menaip. Hahahaaa.

Nak sambung cite tentang Project DIY.
Aritu buat guestbook style budak umur 6 tahun.
La ni buat bubble talk plak.

Ekceli teringin nak sangat. Tengok gegambar kawin kat FB, kat blog sume pakai photo props ni.
Misai la, cermin mata la, i'm married la, dah sah la mcm lagi la.
Nak sewa, nak beli. Ade jual sebatang tu 4hengget. kalau 10 batang dah 40hengget.
10 kang jarang jarang plak. means sikit la kan. jenis diri ni, apa apa pon mmg tamak. NAK BANYAKKKK JEW. HAHAHAHA.

So try la buat memulaaaaaaaaa. Search la kat Mr Google. Apa susah skang ni, taip Google pastu search la 'props photo booth'. tadaaaaaaaaaaaaaa, bersepah keluar. yang malaysia ke, yang omputeh ke. semua ada.

so, amek idea dari situ. buat macam mana?
alarhbenda simple. gune la paint, gune microsoft word, tuk edit edit segala tu.

ni pestime memula buat, Iman jadi model. :))

iman comel with Topi.

so nak dijadikan cerita ni panjang skit. kiter rajin la jugak mengupload kat IG. sajew suke. takde niat pape pon. orang nak cakap, pedulikan la kan. time tu ade sorg kawan ni, dalam sebulan setengah lagi nak langsung. dai pun teringin macam kite, nak mende mende ni.
ye la kan, mcm cakap tadi. nak sewa props tak baloi. 
so kite pon tlg laaaa. alarh benda stakat modal a4 paper je. pastu kotak nipis. tkde hal la kan. hehehehe
so ni utk pengantin time tu, kawan kepada saing sekolah rendah. Wedding abg besar Shah Fariz ngn Nur Hasyati. 
Enjoy the pic k? ;)))

selepas print out dan potong ikut bentuk dia.
lepas gunting tampal kat kotak. pastu gunting balik
baru ler KERAS. 

Simple kan buat dia. So kenapa la nak membazir. Macam macam ayat sendiri boleh reka. Yang lucu, yang comel, yang lawak.
Boh layannnnn jew.

So ni a few pics on #ShahAtieWeds . :))

kabur sikit. amek dari pic kawen Atie. 
dan lagiiiiiii.

Pengantin dan kekawan with my props bubble talk

Benda tak plan pon nak buat kan tuk orang. sendiri pon tak rasmikan lagi. hehehehe. tapi alhamdulillah, buat tuk suka suka je. memenuhi hajat si pengantin time tu kan.
So berjaya dahhh.

And my one oso done.
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

this is my oneeeee. nnt kemwhore k atas pelamin.? hahahahaha

so settle my Project DIY.
Tinggal nanti nak setup meja je. So put this meja on penjuru my pelamin, guestbook n this props there. So nanti pakai mai kat pelamin otograp n wish sket k? 
Maapkan sebab terOBER. Hahaahaaaa.

K la, dah 11pm. Esok nak bangun pegi keje.

to be continue.                                       

October 29, 2013

Checklist. Checklist. Checklist.


Bedebarnya bila update entry ni. 
Kemain sehari mengupdate dua tiga empat entry
Maapkan saya penunggu gua (dibaca penunggu blog)

Here we go the checklist one month two weeks two days to go. 

Nikah

Tarikh & Masa : Confirm
Tempat : Confirm
Dokumen Nikah P : Pending (will be complete this month)
Dokumen Nikah L: Done
Kursus Kahwin P : Done
Kursus kahwin L : Done
HIV Test P : Done
HIV Test L : Done
Baju Nikah & Veil P : Done
Baju Nikah & Sampin L : In progress


Hantaran

For her

Item 1 : Done
Item 2 : Done
Item 3: Done
Item 4 : Done
Item 5 : Done

For Him

Item 1: Done
Item 2: Done
Item 3 : Done
Item 4 : Done
Item 5: Done
Item 6 : Done
Item 7: Done

Decoration: Not Yet


Resepsi

Kad kahwin : Done
List Tetamu : Done
Door Gift : Done
Bunga Telur: Done
Guest Book (DIY) : Done
Item Decoration Guest book table: Not yet
Katering (Makanan) : In progress ( Handle by my Parent)
Baju Resepsi (L&P): Booked
Bunga Tangan : Booked
Meja makan : Booked
Langsir Ruang Tamu Rumah: Done 
Langsir Bilik pengantin : Done
Cadar Bilik Tidur : Done
Item untuk deco bilik pengantin :Not yet
Cameraman : Booked
PA System : Booked


Bertandang

Baju Bertandang L : In progress
Baju bertandang P: In progress
Bunga Tangan: Done
Meja Makan Beradab : Booked
Bilik pengantin: Booked


Sebulan dua minggu dua hari ni kejap je. Tak caya. Hahh, tunggu!


to be continue. 

Project DIY - Guestbook

Elloooooooo semorang.
Done lunch?
Tgh keje?
Hope everything will be okay.

Daaaa. To be continued, cerita tentang DO IT YOURSELF. 
Kekadang kan, kalau dipikirkan balik. Banyak yang mampu kita specially yang bride to be ni mampu buat untuk hari bahagia dia. Tak perlu nak spent duit banyak sangat tuk beli tu ini.
Betul. Tak tipu. Try la uolls google segala benda uolls nak. Letak DIY. Mesti ada. Benda simple, tapi MALAS banyak sangat. Tu yang macam AIR duit tu keluar. 

Actually taknak pon bebel hal ni. Yela duit memasing, memasing yang cari kan. So nak rasa lah berbaloi. Dah cari duit pepenat, nak la rasa puas hati. Yer dakk? Tapi tak salah selagi mana leh jimat, kita jimat je. Rezeki Tuhan beri. Rezeki ditarik pun dari Tuhan jugak. So tak salah pon selalu bersederhana dalam menguruskan segala perkara. 

Lepas je tunang, mmg me terus google segalanya. Dari pelamin, ke katering, ke pakaian, ke konsep ke segalanya la. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. SYUKUR sangat sangat. Segala yang tambahan. Macam guestbook, bubble talk utk photobooth props. Sume google. Orang kata, kenduri orang ade, kenduri sendiri pon nak gak la ada. Biar lah tak hebat mana, tapi im do it by my self. PUAS HATI. Nak ngata? Dulik kan. Bak mai hulur duit, kalau stakat ngata buang air liur. Dok tepi diam diam. ;))

So i start google, view blog bride to be. Dari guestbook, sampai ke veil. Ramai je bride to be yang DIY semua benda. Yang penting semua ada perancangan dan konsisten. Me suka vie this one, kisah dia very the teratur. Saat dia baru tunang, ke kahwin dan sampai sekarang me follow her blog. Just a simple person, semua sederhana. Love it too much. ni link kalau sesape nak nk vie blog dia ---> MenjaringImpian 

And last berjaya gak me buat projek DIY ni. walaupun hasilnya mcm bebudak tadika. Yela, me bekas budak kejuruteraan dulu. mana ade seni tangan mcm ni. kalau geometri punya lukisan bleh la. *dulu skang hancus gak* hahahahaa.
buat je mana mampu, rasa mcm style kekanak riang. hahahah. kalau dok formal sangat pon beli yang dah siap simple gak. heheheh. terpulang masing masing kan??? :)))

memula baru print out. belum sempat di compilekan lagi. 

Me just guna a4 paper, pastu buat watermark kat Microsoft word je. Pastu punch tepi utk ikat dia. haa ikat ok. so simple. plan nak p kedai nak buat binding. mcm bku skrap tu. tapi, dah terbeli tali. bukan tali rapia ok. hahaha. tapi pon boleh kalau uolls kreatif :D
so atas a4 paper muka me ngn si tunang la uolls buat kata kata ucapan. giteww. hahahahaha
nahhh this one muka depan, dah di edit. katanya.

taraaaa. this one yang dah diikatkan gune tali. so dah jadi lah my guestbook. 
simple kan. me mmg suka simple. hahaha. jimat selagi mana leh jimat. biar besederhana. lagi pun kalau nak beli guestbook paling paling RM150 belum postage lagi k. kalau berkira bab duit ni. semua nak jimat.
kenduri kawen kannnn. sume pakai duit. ade ke barang barang tak pakai duit. bgtaw please, i want it toooo. hahahahahaha. *meroyan stress*

till here. to be continue.
bye.

Cek cek wan tu tree.


Assalammulaikum wbt.

Salam Selasa.
Salam istirehat, salam bekerja, salam bercuti, salam semuaaaaaaaa :))


Tiap kali lama tak update blog. Mesti janggal nak start entry mcm mana. Kekonon jer. Sekali dah mula menaip, tak berhenti kang. Entah cite apa apa je kang melalut dok dicerita. Hadap la korang baca ek.
Im not the proper blogger. Hahahaha. Tapi acah acah nak jugakkks.

Ok start.

Last entry update tentang persiapan kahwin. Tu ini. Apa sume. Time tu rasa lambat lagi. Sekarang bila buka blog tgk sebelah kanan ade update bape lama lagi. Hamek. Lagi SEBULAN DUA MINGGU DUA HARI. Lama lagi ke?? ok, ianya LAMA KALAU TUNANG SY CAKAP. Bagi dia lagi dua hari tu pon lama. TAPI LAGI DUA JAM baru cepat kot. AGAKNYA LA KOT. *im stress thats y i using kepslock* abaikannn ~~~

Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang mana dirancang. Encik tunang dah amek kursus kahwin, kad kahwin dah siap, barang barang bunga telur semua dah beli.
Alkisah pegi Nilai 3 dengan mak bertemankan si vibah kesayangan. Sumbat segala benda. Dulikk. Kecik kecik berbaloi.
Baju nikah dah antar, dah siap and ready to take. Insyaallah Selasa depan nak amek. Tak sabar nak tryyy. Eksaiteddd. Ok SORRY. Feeling dia orang yang feel je rasa. so maaf kalau ada yang TERANNOYING.

So masa sekarang ni nak edar edarkan kad. kawan kawan keja lama, tunggu nnt sy sampai. insyaallah mana mengenali sy jemput semoranggggg. rezeki kita sama sama kongsi banyak sikit.

Ha lagi satu, benda yang tak setel lagi adalah menguruskan borang nikah tempat perempuan. HEH. mana nak proceed, kalau si lelaki tak bg kat sy dia punya lagi. stress lagi. dia tu suka tangguh tangguh. banyak kali dh cakap. dia pn dah proceed kat sana. tggal nak anta kat sini. jenuh tunggu. tak sampai sampai. KALAU TAK DIPOSKAN LAGI MANA NAK SAMPAI. KANNN? dugaan dengan encik tunang ni. banyak betul konflik lately ni.
stresssss siyes. dugaan darah manis kan? orang la cakap. bukan la sy cakap. hehehehe.
please DOA teh best for me.
Dipermudahkan segalanya to me.
Dipermurahkan rezeki to me.
Aamin yra.

to be continue.....

July 9, 2013

pejam celik pejam celik. kejap je masa.

hellooo semoranggg...
sorryyyy lama tak update.
*ada ke yang menunggu entry entry dari blog ni? hahahaah*

tak kisah lah. btw, esok dah 1 Ramadhan.
Selamat menyambut ramadhan al mubarak, selamat berpuasa jugakkk.

Dan tika ini, diri tak berapa sihat. last weekend lari sekejap ke pineng. bercuti katanya. hahaha.
tak lah, ada urusan sedikit sebelah sana. so sambil sambil berjalan lah ye dak.
balik balik sini dapat penyakit plak.
dengan batuk selesema serta demam. pakej.
terima je la. sakit itu penghapus dosa kan? :'))

back to the tittle, pejam celik pejam celik. kejap je masa.
makin ku hitung makin dekat.
dah tak leh nak buat leka.
lebeh tak lebeh, kurang tak kurang tinggal 5 bulan lagi.
alhamdulillah. pakej besar besar sume dah settle.

KANOPI/ KATERING - done
PELAMIN/ SET BUSANA - done
KAMERAMAN - done
PA SISTEM - done
DOORGIFT - lepas raya
BAJU NIKAH - lepas raya
HANTARAN - on progress
HIV TEST - lepas raya
KURSUS KAHWIN - my part done, DEMOK NOT YET.
KAD KAHWIN - lepas raya 

my wish, everything will be go smoothly. :)

see you again soon ^.^

May 29, 2013

bride to be - Persalinan Nikah


Hai sesape yang acah acah bride to be macam saya! kihkihh.
Actually up entry ni sebab nak meredakan suasana tegang kat susur masa tu.
Kecoh nak mampusss pasal JDT yang power dengan PHG yang power.
SELANGOR POWER SELAMANYA dieorang taktaw plak! Kahkahkahh.
Ok, kang dah masuk isu bola ni, lain plak jadi entry aku nih.

back to the topic!

sampai sekarang ni aku pening dengan baju nikah. Nak tempah tapi takde tailor. Means tailor yang aku biasa. Ramai gak suggest dan ada yang aku kenal. Tapi aku jarang antar baju, dan few years ago mmg aku tak tempah baju since tailor yang sedap tu dah pindah Melaka. So lepas lepas tu tailor sume macam gampss! Jahit nak duit je, baju aku macam sakai je jadinya.
Ade gak lah listing tailor yang aku ada wat masa ni. Mak long Tika, mmg taw mak long jahit utk butik. Lagi pon lama gila dah mak long jahit baju. Saing saing duduk Seri Murni duluu. Pastu kawan aku si Asilah cakap, member dia tailor dekat Mara tepi Kompleks Pertama tu. Pastu si Elina pon sama jugak. Ada a few tailors yang dia bg pilihan kat aku.
Ok, the point is mmg ramai suggest. Tapi nnt tailor tailor ni nak cara dieorang sendiri. Yelah, baju nikah, nak buat grand grand. Bukan lah semua, tgklah suggest kat Mara sana. Tu mmg stk yang antar nak mengelip punya style. Aku nak simple2 je. Biaq lah baju kurung biasa pon ada hias2 sikit ja. Tapi nanti susah lah nak deal ngn orang profesional ni. Ni pendapat aku lah. Kalau tak leh terima dok tepi diam diam. kakaka. *bajet macam team power takleh kene tegur*

banyak jenis baju nikah yang aku google. yang search kat blog bride to be pon ye jugak.
tapi aku kenan pattern Baju Kurung Moden Mermaid.
macam nihhhhhh :

yg ni dari minazbutikcollection. tapi taknaklah
crowd mcm baju tu. tapi aku nak pattern ni!

ni pon sweet kannn?? simple macam ni je :))
Pastu ada terjumpa dekat Facebook semalam. Kalau korang nak tempah raya boleh kot. Consider murah lah, RM200. korangg klik sini ----> kurung moden mermaid 

Contoh bebaju dia aku nak up jugak kat sini. kihkihkihhh! 

cukup bagi aku kalau macam ni. ;))

sweet kan?

tak sarat tak padat tak over!
tapi sayang, orang ni kat melaka. kalau korang suka postage postage tu boleh la try. terus terang aku tak bape gemar beli barang baju/kasut online ni. tak leh nak torai, mana nak tau sodap tak sodap kek badan nanti. >.<

pastu malam tadi plak si enot ade tag aku dekat kawan dia ni. Dok kat Batu Caves, haaa dokat dah tu.
Cantik gakk baju hasil tangan dia. 
Nih haaaa:

lawa kann. ni pon dalam cost 200++. kalau taknak over macam ni,
lagi simple pon dia boleh. ikut budi bicara :))

Cantikk kannn!!! Pastu terus aku tanya boleh tak buat mermaid tuu. Dia kata boleh. 
So nanti aku nak survey2 la. 

Benda ni sume nak kene bajet betul betul. Kalau duit melimpah ruah macam penyokong JDT power ngn PHG power semalam sampai ke balapan, aku takde hal! 
Kakakaka! Nak jugak selit tuh. hahahaha

Tapi pilihan hati nak yang kurung moden mermaid tuh! cepatlah settle baju nikah ni, tak dah pening kepala aku nak pikir. Selagi tak jumpa sape yang mampu buat, selagi tu lah aku pening :/
Demokk takpe, plan untuk dia p cari yang dah siap. Janji sama kaler pastu samping ngn songkok. 
Simple jugak! 

Ya Allah permudahkanlah segalanyaaa.
Aamin YRA.


till we meet again ^.^