October 31, 2013

Project DIY - Bubble Talk



Hello peeps.

Bride to be still awake? Hahaha. POYO.

Lately busy kat opis, tak sempat nak menguji kelajuan ku bertaip.
Lama tak mengasah. Berterabur dah nak menaip. Hahahaaa.

Nak sambung cite tentang Project DIY.
Aritu buat guestbook style budak umur 6 tahun.
La ni buat bubble talk plak.

Ekceli teringin nak sangat. Tengok gegambar kawin kat FB, kat blog sume pakai photo props ni.
Misai la, cermin mata la, i'm married la, dah sah la mcm lagi la.
Nak sewa, nak beli. Ade jual sebatang tu 4hengget. kalau 10 batang dah 40hengget.
10 kang jarang jarang plak. means sikit la kan. jenis diri ni, apa apa pon mmg tamak. NAK BANYAKKKK JEW. HAHAHAHA.

So try la buat memulaaaaaaaaa. Search la kat Mr Google. Apa susah skang ni, taip Google pastu search la 'props photo booth'. tadaaaaaaaaaaaaaa, bersepah keluar. yang malaysia ke, yang omputeh ke. semua ada.

so, amek idea dari situ. buat macam mana?
alarhbenda simple. gune la paint, gune microsoft word, tuk edit edit segala tu.

ni pestime memula buat, Iman jadi model. :))

iman comel with Topi.

so nak dijadikan cerita ni panjang skit. kiter rajin la jugak mengupload kat IG. sajew suke. takde niat pape pon. orang nak cakap, pedulikan la kan. time tu ade sorg kawan ni, dalam sebulan setengah lagi nak langsung. dai pun teringin macam kite, nak mende mende ni.
ye la kan, mcm cakap tadi. nak sewa props tak baloi. 
so kite pon tlg laaaa. alarh benda stakat modal a4 paper je. pastu kotak nipis. tkde hal la kan. hehehehe
so ni utk pengantin time tu, kawan kepada saing sekolah rendah. Wedding abg besar Shah Fariz ngn Nur Hasyati. 
Enjoy the pic k? ;)))

selepas print out dan potong ikut bentuk dia.
lepas gunting tampal kat kotak. pastu gunting balik
baru ler KERAS. 

Simple kan buat dia. So kenapa la nak membazir. Macam macam ayat sendiri boleh reka. Yang lucu, yang comel, yang lawak.
Boh layannnnn jew.

So ni a few pics on #ShahAtieWeds . :))

kabur sikit. amek dari pic kawen Atie. 
dan lagiiiiiii.

Pengantin dan kekawan with my props bubble talk

Benda tak plan pon nak buat kan tuk orang. sendiri pon tak rasmikan lagi. hehehehe. tapi alhamdulillah, buat tuk suka suka je. memenuhi hajat si pengantin time tu kan.
So berjaya dahhh.

And my one oso done.
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

this is my oneeeee. nnt kemwhore k atas pelamin.? hahahahaha

so settle my Project DIY.
Tinggal nanti nak setup meja je. So put this meja on penjuru my pelamin, guestbook n this props there. So nanti pakai mai kat pelamin otograp n wish sket k? 
Maapkan sebab terOBER. Hahaahaaaa.

K la, dah 11pm. Esok nak bangun pegi keje.

to be continue.                                       

October 29, 2013

Checklist. Checklist. Checklist.


Bedebarnya bila update entry ni. 
Kemain sehari mengupdate dua tiga empat entry
Maapkan saya penunggu gua (dibaca penunggu blog)

Here we go the checklist one month two weeks two days to go. 

Nikah

Tarikh & Masa : Confirm
Tempat : Confirm
Dokumen Nikah P : Pending (will be complete this month)
Dokumen Nikah L: Done
Kursus Kahwin P : Done
Kursus kahwin L : Done
HIV Test P : Done
HIV Test L : Done
Baju Nikah & Veil P : Done
Baju Nikah & Sampin L : In progress


Hantaran

For her

Item 1 : Done
Item 2 : Done
Item 3: Done
Item 4 : Done
Item 5 : Done

For Him

Item 1: Done
Item 2: Done
Item 3 : Done
Item 4 : Done
Item 5: Done
Item 6 : Done
Item 7: Done

Decoration: Not Yet


Resepsi

Kad kahwin : Done
List Tetamu : Done
Door Gift : Done
Bunga Telur: Done
Guest Book (DIY) : Done
Item Decoration Guest book table: Not yet
Katering (Makanan) : In progress ( Handle by my Parent)
Baju Resepsi (L&P): Booked
Bunga Tangan : Booked
Meja makan : Booked
Langsir Ruang Tamu Rumah: Done 
Langsir Bilik pengantin : Done
Cadar Bilik Tidur : Done
Item untuk deco bilik pengantin :Not yet
Cameraman : Booked
PA System : Booked


Bertandang

Baju Bertandang L : In progress
Baju bertandang P: In progress
Bunga Tangan: Done
Meja Makan Beradab : Booked
Bilik pengantin: Booked


Sebulan dua minggu dua hari ni kejap je. Tak caya. Hahh, tunggu!


to be continue. 

Project DIY - Guestbook

Elloooooooo semorang.
Done lunch?
Tgh keje?
Hope everything will be okay.

Daaaa. To be continued, cerita tentang DO IT YOURSELF. 
Kekadang kan, kalau dipikirkan balik. Banyak yang mampu kita specially yang bride to be ni mampu buat untuk hari bahagia dia. Tak perlu nak spent duit banyak sangat tuk beli tu ini.
Betul. Tak tipu. Try la uolls google segala benda uolls nak. Letak DIY. Mesti ada. Benda simple, tapi MALAS banyak sangat. Tu yang macam AIR duit tu keluar. 

Actually taknak pon bebel hal ni. Yela duit memasing, memasing yang cari kan. So nak rasa lah berbaloi. Dah cari duit pepenat, nak la rasa puas hati. Yer dakk? Tapi tak salah selagi mana leh jimat, kita jimat je. Rezeki Tuhan beri. Rezeki ditarik pun dari Tuhan jugak. So tak salah pon selalu bersederhana dalam menguruskan segala perkara. 

Lepas je tunang, mmg me terus google segalanya. Dari pelamin, ke katering, ke pakaian, ke konsep ke segalanya la. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. SYUKUR sangat sangat. Segala yang tambahan. Macam guestbook, bubble talk utk photobooth props. Sume google. Orang kata, kenduri orang ade, kenduri sendiri pon nak gak la ada. Biar lah tak hebat mana, tapi im do it by my self. PUAS HATI. Nak ngata? Dulik kan. Bak mai hulur duit, kalau stakat ngata buang air liur. Dok tepi diam diam. ;))

So i start google, view blog bride to be. Dari guestbook, sampai ke veil. Ramai je bride to be yang DIY semua benda. Yang penting semua ada perancangan dan konsisten. Me suka vie this one, kisah dia very the teratur. Saat dia baru tunang, ke kahwin dan sampai sekarang me follow her blog. Just a simple person, semua sederhana. Love it too much. ni link kalau sesape nak nk vie blog dia ---> MenjaringImpian 

And last berjaya gak me buat projek DIY ni. walaupun hasilnya mcm bebudak tadika. Yela, me bekas budak kejuruteraan dulu. mana ade seni tangan mcm ni. kalau geometri punya lukisan bleh la. *dulu skang hancus gak* hahahahaa.
buat je mana mampu, rasa mcm style kekanak riang. hahahah. kalau dok formal sangat pon beli yang dah siap simple gak. heheheh. terpulang masing masing kan??? :)))

memula baru print out. belum sempat di compilekan lagi. 

Me just guna a4 paper, pastu buat watermark kat Microsoft word je. Pastu punch tepi utk ikat dia. haa ikat ok. so simple. plan nak p kedai nak buat binding. mcm bku skrap tu. tapi, dah terbeli tali. bukan tali rapia ok. hahaha. tapi pon boleh kalau uolls kreatif :D
so atas a4 paper muka me ngn si tunang la uolls buat kata kata ucapan. giteww. hahahahaha
nahhh this one muka depan, dah di edit. katanya.

taraaaa. this one yang dah diikatkan gune tali. so dah jadi lah my guestbook. 
simple kan. me mmg suka simple. hahaha. jimat selagi mana leh jimat. biar besederhana. lagi pun kalau nak beli guestbook paling paling RM150 belum postage lagi k. kalau berkira bab duit ni. semua nak jimat.
kenduri kawen kannnn. sume pakai duit. ade ke barang barang tak pakai duit. bgtaw please, i want it toooo. hahahahahaha. *meroyan stress*

till here. to be continue.
bye.

Cek cek wan tu tree.


Assalammulaikum wbt.

Salam Selasa.
Salam istirehat, salam bekerja, salam bercuti, salam semuaaaaaaaa :))


Tiap kali lama tak update blog. Mesti janggal nak start entry mcm mana. Kekonon jer. Sekali dah mula menaip, tak berhenti kang. Entah cite apa apa je kang melalut dok dicerita. Hadap la korang baca ek.
Im not the proper blogger. Hahahaha. Tapi acah acah nak jugakkks.

Ok start.

Last entry update tentang persiapan kahwin. Tu ini. Apa sume. Time tu rasa lambat lagi. Sekarang bila buka blog tgk sebelah kanan ade update bape lama lagi. Hamek. Lagi SEBULAN DUA MINGGU DUA HARI. Lama lagi ke?? ok, ianya LAMA KALAU TUNANG SY CAKAP. Bagi dia lagi dua hari tu pon lama. TAPI LAGI DUA JAM baru cepat kot. AGAKNYA LA KOT. *im stress thats y i using kepslock* abaikannn ~~~

Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang mana dirancang. Encik tunang dah amek kursus kahwin, kad kahwin dah siap, barang barang bunga telur semua dah beli.
Alkisah pegi Nilai 3 dengan mak bertemankan si vibah kesayangan. Sumbat segala benda. Dulikk. Kecik kecik berbaloi.
Baju nikah dah antar, dah siap and ready to take. Insyaallah Selasa depan nak amek. Tak sabar nak tryyy. Eksaiteddd. Ok SORRY. Feeling dia orang yang feel je rasa. so maaf kalau ada yang TERANNOYING.

So masa sekarang ni nak edar edarkan kad. kawan kawan keja lama, tunggu nnt sy sampai. insyaallah mana mengenali sy jemput semoranggggg. rezeki kita sama sama kongsi banyak sikit.

Ha lagi satu, benda yang tak setel lagi adalah menguruskan borang nikah tempat perempuan. HEH. mana nak proceed, kalau si lelaki tak bg kat sy dia punya lagi. stress lagi. dia tu suka tangguh tangguh. banyak kali dh cakap. dia pn dah proceed kat sana. tggal nak anta kat sini. jenuh tunggu. tak sampai sampai. KALAU TAK DIPOSKAN LAGI MANA NAK SAMPAI. KANNN? dugaan dengan encik tunang ni. banyak betul konflik lately ni.
stresssss siyes. dugaan darah manis kan? orang la cakap. bukan la sy cakap. hehehehe.
please DOA teh best for me.
Dipermudahkan segalanya to me.
Dipermurahkan rezeki to me.
Aamin yra.

to be continue.....