April 25, 2013

Best I've ever experienced!


Lambat sikit update kisah follow trip awaydays ke Larkin 6 April hari tu dengan ultraSel. 
Tapi suasana dalam stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus masih aku terasa! 
Kepadatan, kepenuhan penyokong JDT yang datang mmg awesome! Mmg FULL HOUSE! 

Alkisah, bergerak tengah hari sabtu dari tapak menara tinjau dekat Giant Shah Alam. Sebanyak 4 buah bas dari pengurusan abang fadhleyMazlan menuju ke Stadium Larkin. Rasa bangga dalam diri, dengan info yang diberi, awaydays ke Larkin ini jugaklah antara yang teramai dgn 4 buah bas!! So tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya mengikuti awaydays via ultraSel!
DOUBLE SOLUTE to abg Fadh, sentiasa menjadi orang kuat untuk awaydays bagi game Selangor jika bermain di luar kawasan. I feel the situation! Bukan senang taw, nak incharge antara orang yang kita kenal pon payoh nokharoom! Lagi lah buka pada public. Orang yang mcm2 karenah nak handle. Bagi nama awal, last minit cancel (ni cakap diri sendiri), pastu gian sgt nak join dgn ada mcm2 hal, nasib ade seat lebeh (macam aku jugak). haha! apa pon terima kasih team2 kuat ultraSel and specially thanks to abg Fadh, reserve seat for me. Haha, dia je tahu alkisah hempas pulas aku nak ke Larkin macam mana!

ultraSel ON TOUR!

ha nampakk tak abam Fadh yang cumel tuh. Hiks.
antara ultraSel, penyokong tegar Selangor,
penyokong natural bersatu demi SELANGOR!


Alhamdulilah dalam pukul lima lebih kami tiba di perkarangan Stadium Larkin. Tak lah perkarangan sangat, bas kene parking jauh. Jauh sangat. Dekat hotel Seri Malaysia tak silap. Sejak-sejak fans Johor dah kembali ke stadium, setiap game dekat Larkin mmg full house jadi parking pon mmg tkde lah dekat2. Kalau pukul lima lebih yang masih awal pon kene parking jauh, bygkan lah yang dtg cukup-cukup time tu. Confirm nak menapak seribu batu jauhnyaaaaaa. Time ni ku merasakan stadium Shah Alam tu, kalau datang lambat-lambat pon tak lah parking jauh sampai ke federal highway nun. Paling jauh pon lot parking open menara tinjau dekat sebelah Giant tu. Syukur kan?
Tapi yang best bila parking jauh nih, musibat ultraSel chant secara berarak, tak pon depa panggil corteo dari depan hotel tu sampai ke perkarangan stadium Larkin. So mmg bestlah. Aura tu rasa ok!!! Sumpah tak tipu!!!!

ber-casual gitew! hiks. eh tk lah. kiter natural terlampau pada SELANGOR!
3 yang tengah tu gadis2 tegar chant bersama ultraSel.
hujung tu kak in lebeh kurang mcm den kot. heheh

Actually nak cakap jugak, ni first time follow dan first time jumpa dengan semua kaki kaki bola penyokong tegar Selangor. Sebelum ni rancak di laman twitter. Specially kak in, si wanie, nurul, farra, abg fadh, apit, capo Iyzat aka Shah Jaszle. Hikss. Semua gila gila orangnya. Sempoooi!
Boleh declare jugak lah ikut awaydays ni dah supe #twtupselangor . Hahahaa, slumber badak jer.


Lets see a few memories at Larkin!

berkumpul di Std Larkin, chant together!

red n yellow till we die!

full house!

credit pic from CHIQAHphotography .


empat gadis comel. hiksss.
sorry wanie takde sbb die dok kat ultras!
Kali pertama aku merasa segala ni. Lepas habes game, sempat jejak kaki ke dalam padang! Padang Shah Alam pon tak jejak kaki lagi, padang Larkin aku dah ok! Kahkahkahh. 
Berlagak noharoom betei. Lepas tu, dapat plak aku saksikan gabungan dua ultras, ultraSel + B.O.S chant together! Meremang bulu romaa. Memang aura dia lain macam, nak cakap pon aku tak mampu nak susun kata-kata macam mana keadaan time tu. So, aku rasa aku cukup bertuah time tu. SANGAT!!




boleh sambung takkk?? 


Lepas dari Larkin, smpai ke Shah Alam menara tinjau dekat Giants around 4-5pagi. Aku tumpang Kak In sampai ke Puduraya. Seawal 5.30pg dah terpacak dekat puduraya. Katanya nak beli tiket ke Pineng berjumpa dengan buah hati yang datang hari sabtu tapi aku ke Larkin. BUKTI??


Cosmic Ekspres

sabtu on tour ke larkin sbb SELANGOR!
and next day on tour to see my buah hati 

Tak pernah buat mcm ni, nie semua kerja gila demi yang tersayang. Sayang both! Tapi sometimes demok can't accept it. Hmm. Tapi tkpelah, atleast I can get both. Yup, both. 
So, sampai pineng dapatlah dalam meluangkan masa ngn demok ngn famili dia..
Minum petang ngn ibu dan adik2 demok, dinner with adik2 demok.
Tak caya plak aku dah smpai ke pineng dalam keadaan mcm tu. Hahaha.
Pukul 8mlm naik bas dari Sungai Petani balik KL. 
Sampai KL pukul 3pagi, thanks mokde amek yah. Pastu terus pergi kerja pagi tu.
Whoaaaaa! Kalau naik flight panggil jet leg! Kejung kaki. Aku ni 'bus leg'!! Kematu montot tahu dakk.
Hujung minggu dok tenggek atas bas. Mmg power! Dah lah balik tu bas tu gelongg. Tak reti bawak bas, tapi bawak bas dengan aku duduk palinggggg depan. Can you imagine? Dan boleh plak nak tido klu driver bas tu bawak ke kiri ke kanan?? MEMANG TAK LAHHH!
Dengan sepoloh kali sekejap plak dia menguap. Aku pikir kalau jadi apa2, nauzubillah jer. Dah lah hujung minggu tu majlis. Memang macam2 aku pikir ;'(
Tapi alhamdulilah, everything was okaaay. ;))


Inilah cerita ringkas merepek merapu entah apa apa. Memang tak padan jadi blogger, dah lah lambat update, pastu tak best. Kan??
Tak kisah lah, boh layannnn jerr :D

Till we meet again ^___^

April 16, 2013

Cincin disarung diri dimiliki ♥♥♥♥


Helooooo everybadih! okay macam ramai jer kan. Its okaaay! Acah acah ramai jer yang baca.
Korang korang sebarkan belog entah pape nih, bagi reramai baca! Hikss.

Cop cop! Nak mulaa nih. Seriuusss ok! :p

Alhamdulilah, syukur Ya Allah. Sekian lama, rasanya kalau dok punggah blog nih. Entry dulu dulu im telling uolls i'm ready! Dan sekarang dah sampai masanya. Hiks, maluu. Gatai sangat kann.

Tarikh 130413 menjadi lagi satu tarikh yang bermakna selepas tarikh 040210. Setelah hampir tiga tahun dua bulan kami mengorak satu langkah ke hadapan. Mengikat perhubungan agar ia lebih kukuh.
Should i story everythinggg? Did u wanna to know? Hmm. Sikit je lah.
Majlis ni serius tidak dirancang. Mungkin benda dah sampai masanya. Ramai yang terkejut, ter-surprise dan tak jugak ada yang terkecil hati. Bukan niat utk tidak menjemput rakan taulan hadir memeriahkan majlis. Cuma menghormati pihak sebelah untuk mengadakan majlis diantara keluarga. Ada jugak yang berkesempatan untuk diberitahu, tapi tak semua. Sebenar-benarnya diri ini sendiri masih dalam keadaan terpinga-pinga dengan semua ini. Said what u wanna to said. I'm okaay :')
Dengan segala persiapan buat waktu-waktu akhir. Mokde, Tika tahu mcm mana last minit punya urusan. SEGALANYAAA!
Tapi alhamdulilah, semuanya berjalan lancar. Mereka yang memerlukan ada disamping sewaktu majlis berlangsung.

Ok lah, membebel banyak2 pon tak payah lah kan. Ni ada satu dua gambar utk uolls nak tengok2.


Pertunangan Dayah & Anas 130413


                                
hantaran dua belah pihak - manisan 

rombongan dari Pineng :)

Doa selamat dibaca memohon agar segalanya berjalan lancar.
Amin YRA.

my little monster!

jari manis disarung cincin bakal ibu mertua :)

abaikan kegebuan jari jemari itu! 

mereka yang berhempas pulas untuk majlis ku ini.
TERIMA KASIH!

Nak tengok gambar penuuh??


Sampai di sini sahaja.
Doakan saya ke jinjang pelamin bersama dia, Mohd Anas Zaki. Amin YRA.

Last but not least, 

I'm taken by Mohd Anas Zaki :'))

gedik sangat, ok bye!

April 2, 2013

Sakit itu penghapus dosa :)


April menjelmakan diri. 
Setakat ni tak kene lagi dengan bahan ke-fool-an April tuh. 
Jadi di kira selamat kan?
Thanks Allah ;'))

Penghujung March permulaan April dengan diberi dugaan tidak berapa sihat
tubuh badan.
Bermula dengan batuk, demam. 
Batuk yang membolehkan dada rasa sangat sempit, malam tidur yang tidak lena,
kepala pening dengan badan yang panas.
Setelah hampir seminggu berperang dengan diri sendiri, alhamdulilah.
Tuhan berikan separuh nyawa ku. Syukur.

Namun ianya, hanya sementara.
Panas yang ku harap sampai ke petang, tapi hujan turun di tengah hari.
Selesema pula menyerang diri. 
Tido entah kemana, berbantal-bantal disusun biar tinggi kepala diletakkan
agar senang untuk bernafas.
Selera makan juga kemana, kerna hilang deria rasa ku.
Semua makan ku rasa tawar. Masin entah mana, manis entah mana, pahit entah mana.
Apa lah hidup rasanya time keadaan jadi macam ni.

Terperap di dalam kamar, bertemankan ubat dan air masak.
Dengan harapan setiap kali makan ubat, rehat, tido dan bangun akan pulih seperti
biasa.
Tapi itu hanya harapan tinggal harapan. 
Sehingga ke saat ini, masih juga tidak pulih seperti hari-hari biasaku.

Mohon kalian doakan kesejahteraan diriku.
Moga kalian semua dirahmati oleh Allah swt.