December 17, 2012

KAKI BOLA #SelamanyaHarimauMalaya

Hi peeps!

Tak rasa terlambat lagi nak update tentang nihhh.

PIALA AFF SUZUKI CUP 2012.

Alhamdulilah, berkesempatan ke Stadium Bukit Jalil (SNBJ) untuk perlawanan MAS vs INA. Tak silap game nie hari Sabtu. Gigih aku nak pergi jugak game nih. Firstly ajak Shah. Shah kan kaki bola. Pastu dia cakap, takut tak sempat. Sebab die keja. Then ade kenduri lah ape lah. So, aku pon pasrah lah. Tapi masih mencari kekawan lain untuk pergi. Bukan apa, ajak Shah nih sbb die kan lelaki. So, pikir keselamatan lah ajak dia. *selamat sangat lah kan. hahah*

Suddenly si Asilah pon ajak. Nekad nak pergi jugak sbb time tu still in peringkat kumpulan. Takut nnt MAS tak g semifinal, then terlepas nak g stadium. Plan bagai nak g beli tiket dkt Stadium, nak beli online lah. Ape jadah sume. Last2, Asilah pon cakap mak dia tak kasi pergi. Kata emaknyer, tunggu dah ade Mr Husband baru bleh g tgk bola kat stadium. *act, sbb game tu habes lewat malam kan, anak dara tkleh klua smpai lewat2 malam*

Aku pon frustrated untuk kali keduanya. Si jantung hati tkde kat KL. Kalau ade, aku gagahkan jugak ajak dia. Wlaupon ku akui dia tak minat sangat nak ke stadium. Tapi bukan bermakna dia tak minat bola. Cuma dia tak mmpu melihat aku yang tetibe kakibola nihh. Hihihii.

Selepas itu, aku membelek senarai kenalan2 yang ada di whatsapp ku. Tetibe aku teringat kak Dilla. Oh men, kakak nih mmg kakibola jugak. Die fans of Selangor. Waktu Liga M lepas, mana game Selangor die tak pergi. Yang dkt SSA mahupon yang dekat tempat lain, dia gigih pergi ok!
So aku pon whatsapp dia. Tanya itu ini apa sume tntg game MAS vs INA tuhh.
Dan, Alhamdulilah !! Rezeki aku kan. Aku pergi ngn dia. Tiket? Biarlah rahsiaaaa :D
Kite org pergi satu kereta, aku pickup kak dilla dkt Amcorp Mall. Then shoot terus g SNBJ. Jammed? Takyah cakaplah kan. Lagi2 jumpa Indonesia kan. Memang stadium FULL HOUSE!


Seriuss. Tak pernah rase kemeriahan, kesemangatan antara sume penyokong Harimau Malaya time tuh. Specially Ultras Malaya, Team Malaysia, Ultras2 sume. Termasuk sume yang ade kat SNBJ time tuh. Pergh, mmg cannot said by words! Meremang bulu roma lahhhh!. Dengan tifo made by UM07. Aku kagum ngn dieorang actually. Kadang2 dieorang nih ade ke bajet dieorang untuk sume tuh. Atau dieorang gune bajet sesama dieorang sendiri jer. Semangat antara dieorang tuh, buat sume jadi SATU!


Tentang game sume, aku tak rasa mampu untuk bagi komen. Mana yang ok ngn tak. Sbb aku pon baru lagi terjun untuk bersama menyokong Selamanya Harimau Malaya.
Lepas game Indonesia, beroleh kemenangan dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bertemu dengan Thailand. Tapi dengan game timpal balik, Malaysia tak layak ke final sbb kalah agg 1-3 ngn Thailand. Laluan untuk mempertahankan kejuaraan tidak mudah seperti menjulang kejuaraan.


here its for youuuu :)))
#selamanyaharimaumalaya


See you next match at stadium :D

No comments: