November 27, 2015

Walimah Perdana Selayang.


harinya dah tiba.
hari langsung majlis si gedik.
kali ni kami tak buat majlis sendiri. rezeki dia ngn suami nak kawen, di sponsor oleh ADUN Selayang, YB Zaidi. Juga sponsor sponsor sampingan yang lain yang menjayakan majlis Walimah Perdana Selayang nih.
Majlis ni ada beberapa pasang pengantin lain.
Walimah Perdana pastinya seperti majlis perdana kawen beramai ramai kan.
Mulanya 10 pasang pengantin. Atas beberapa perkara tak dapat dielakkan, tinggal 4 pasang pengantin ja. Alhamdulillah majlis tetap diteruskan jugak.





Majlis terhad. Biasala kan, bila mcm ni. Gabung dua pengantin sekali. Jadi tamunya pon limited. Kami terpaksa menjemput sedara mara mahupun jiran rakan yang terdekat sahaja. Tak leh baziaq kad. Kalau jemput kene datang, Kalau tak rugi la kad tu. Ala ala jemputan hotel.
Pertama kali buat style macam ni. Mulanya sukar jugak nak memahamkan pemikiran masing masing. Alhamdulillah. Akhirnya mudah jugak segalanya
Allah Maha Kuasa, Dia bg jalan mudah terus Dia mudahkan jugak semuanya.
Buat majlis sendiri nk jemput pon jenuh nak mikior. Buat majlis lagu ni lagi laaaa jenuh nak menjemput mcm mna.
Yela, kang ada yang kecil hati. Tapi kami pihak keluarga mohon maaf.
Pada kami, biar selamat mereka berdua ni diijabkabulkan.
Itu lebih utama.
Rezeki mereka berdua dah tertulis macam ni.
Doakan lah kebahagiaan mereka dunia akhirat.



Hari langsung, keluarga perempuan pakai baju tema merah. Keluarga pihak lelaki plak pakai tema ungu.




Pengantin plak kaler turqoise.




Alhamdulillah. Hujan renyai, lebat tapi majlis sume selamat sehingga akhirnya.



Tahniah kakak, selamat menjalani bahtera rumah tangga. Jadi isteri solehah. Jugak untuk Aiman, selamat menjadi seorang suami yang soleh dan mampu bimbing isteri serta anak anak nanti dengan jaya dunia akhirat. May Allah bless all of us. Aaminn yra.




#ameliaaimankahwinyay #ameliaiman


hashtag instagram.



jumpa next entry.
daaaaaa.

November 26, 2015

Gedikk dah kawennnnnnn.



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum. Salam sejahtera.



Alhamdulillah tanggal 21/11/2015, dak gedik si kakak dah selamat menjadi isteri kepada Aiman Aizad.
Syukur segalanya berjalan lancar.
Dipermudahkan semudahnya.


Dinikahkan di Masjid Al-Zakirin, Taman Wilayah Selayang pada jalm 10.00 pagi.
Majlis yang serba sederhana dihadiri sedara mara yang terdekat dan juga sahabat handai yang rapat.
Dh macam majlis tertutup plak kan. Lebeh kurang la.
Bukan taknak menjemput semua ataupun ramai ramai, tapi biarlah bersederhana lebih baik. :)


Sebelum majlis nikah, malam tu ada malam berinai. Dihadiri kawan terapat.
Diinaikan senior sekolahnya. Maka junior aku la. Tapi aku sendiri tk cam. HAHAHAHA.





Hari nikah, 21/11/2015. Masjid Al Zakirin Taman Wilayah Selayang.
Jam 9 pagi bersiap siap dari umah. Pengantin pagi disiapkan oleh kak Raini Rang Raini or search hashtag #makeupbyrang di Instagram. Berseri kemain muka anak buah aku nih. Dari cecomot, dah mcm anak patung aku tgk.
Nama pon mekap kann. Tu la pengantin serinya menjadi jadi.
Cantik sehari menjadi Raja Permaisuri.




Katering hari nikah dari #kateringCikSeha, mak si lengan. Sedap. Belah lelaki pon cakap sodap. Specially sambal belacan. Hat tu la penyelera makan kan. Sapa layan sambal belacan mmg cengginiiiii la terangkat diaaaa. Boleh roger mokcikkk nih na klu nak quotation dia. Fatin Erham . 



next entry hari langsung,
yang lain dari kami selalu buat.
see later.
daaaaaaa.

November 8, 2015

Jenjalan pulau.


#throwback



17th April 2015, Langkawi.



Tak plan awal. Tapi last minute. Itu lagi best kot? Kan! 
Lepas kawen p bercuti kat Sabah. (pun tk upload lagii citer dia. tunggu next #throwback)
So awal tahun aritu bawak kesayanganss ke utara plakkk. 
Pulau yang aku tak pernah jemu pergi. Dari zaman belum kawen p ngn kekawan sekolah sampai la dah kawen dan sampai sekaranggggg. 
Still lagi akuu nak ke Langkawi lagi. 


Aku, suami ngn si kecik at the time dalam usia 6 bulan by road ke Langkawi. Ikut Loq Staq. Terus ke Kuala Perlis. Naikkkk feri woooooo! Im happy to the maxxx that time!
Banyak dah berubah jetty. Dah ber-ekon. Takdak lah hangat dok nunggu feri mai kannn.
Tempat duduk pun banyakkkk dan very comfortable. Thumbs up to majlis perbandaran.
#tetiba 


sekeping gambaq di jeti Kolaa perglihhh.





percutian 3 hari 2 malam bermulaaaa. yeayyyyy weeeehuuuuu!


kami stay kat Homestay TokJah. Sebelum ni pun rajin gak kalau mai Langkawi stay sini.
Deal ngn kak Echah. Kereta sewa pon sekali ada. Senang la kan. Takyah nak p cari lain dah. G pun ye la, bukan senang nak cari. TERLAMPAU banyak kot agen kereta sewa. Kalau tempat penginapan memang tak gaduh pon kat Langkawi tuhh.


ni link blog TokJah   Homestay TokJah
ni link FB TokJah  Tok Jah



Hat ni takdela jenis yang letak tuala swan atas katil tu. tabuq bunga ros keliling katil. kami jenisss slumber n layansss. penginapan tuk tidoq malam, so aslong as slesa, ada kelengkapan apa suma ok dah. 

point nak p Langkawi time ni sbb rinduuuuu lama tak p, pastu nak p makan fav food. kiranya dah FOOD HUNTING la misi ke Langkawi ni.
Tambah syok bawak my beloved sister from Sabah. So mmg happeninggggggggg la kannn. Alhamdulillah!


Time kat epot at the while waiting kak sophie n caca.
Kami dah macam menunggu tamu dari luaq negara. Ya la, memula demok p dulu. That time, flight landing lagi. Dia tgk ramai yang org tunggu sambil guna kertas lagu ni.
Dia mai patah balik kat keta, mintak kertas ngn marker. Pelik la kita kan. Tanya nk buat apa? Skali dia kata ramai tunggu cm ni. So dia nk buat gu ni. HAHAHAHAHHA.
Lawakkk betui laaaaaa.
The expression kak sophie n caca time sampai tu pn terbahak bahak tgk kami.


*gagah si mak nak selfie sampai anak senget senget. abaikanlah yer*


 



Day 1 was start on Saturday.
Pepagi bangunnnn p brekfes. Syok brekfes ala kampungg. Tengok orang lalu lalang.
Feel so freeeee. Angin syahduuuu senduuu. Kah!
Pastu p naik Cable Car.
Dulu dulu takde pakej. Sekarang depa dah tambah pakej. Jap tengok ni pakej diaaaaaa.



Ynag penting naik Cable car ni, SKYDOME mmg ada di setiap pakej. Senang cita benda wajib.
SkyDOme tu fefelinggg tgk wayang 3D/4D tu jewww, sebelum ready to naik ke puncang gunung mat cincang.

A few pics while in the cable car. Kali ni tak nangis tp pejam mataaaaa. Hahahaha. Takut weyhhh!!

 



Ada satu gambar ni. Im in love sangat. sebab pemandangan belakang dia. dah mcm potret. Thanks to my adik kesayangan Caca yg amekkan gambar nihhhh. Sebab gambar kami bertiga. Hihihi

Anas's Clan


Seharian berjalan. Makan laksa lori tepi epot. sedap!



HAHAHHA. Gambaq makanan takdakk. Gambaq si cenonit ja ada. Kami dok geram kat dia sampai lupa amek gambaq makanan. Sebab amek gambaq makanan too mainstream kann?

Lori laksa ni ada macam macam, menu fav Laksa. Laksa special nama Laksa Ikan sekoq. Depa buh ikan termenung sekoq. Cucuq pon ada. pasemboq ada. Goreng goreng pon ada. Makan lak tepi laut. Pepetang feel la makan sambil angin angin. JANGAN HUJAN merana laaaa. hihihi.


Day 3. Last Day.

Sebelum balik. Kami naik feri balik kat kola peghelihhhh. Kami p amek angin pantai. Bawak si anak yang kebetulan time tu genap 7 bulan. Seronok dia. Seronok laaaaaa mama anak. Tu la moment indah. Takyah dah nak p travel memana. Bila ngn si kecik ni. Tiap masa tu saat indah. Alhamdulillah syukur Ya Allah.


FootFie


breakfast lori tepi jalan. ramai org. murah rezeki pakcik ni.

Tak sah la kalau tak singgah kat burung helang ni. mcm mana skali pun kan. p la banyak kali. nak gak bergambaq kat sini. burung helang mercu tanda Pulau Langkawi.




we gonna repeat thissss. pangkor ka, perhentian ka. yaaa. again!



and see you again guyssss.
Next trip wanna bring my kesayangan too.
Rachael Mia Sara. pleasee ya jom next trip!

last but not least.
miss and love caca, mia n kak sophie tightly!



Langkawi we must come again next time. wait ya!
see again.
LOVE.

November 5, 2015

Hello, i'm back.

bertemankan alunan zikir sambil melenakan si anak.....



Assalammualaikum, Salam sejahtera.
Saja mengisi balik masa lapang. Lapang bg ibu ibu setelah anak melelapkan mata.



By the way, Hello guys! HAHAHAA.
Lama gilerrrrs tak update kot. Amacam ayat atas? Acah acah dakk. KahKahKah.
Rilekssssla. 
Weyhhh. Rindu kot. RINDU sesangaaaaat kot. Korang tak la. Tapi aku laaaa.
Setahun 7 bulan punya laaaaaamaaaaaaaa tak bukak blog ni. 


Kisah dia?

Hahahahah. Nak gelak gak, padahal tak lawak mana. 
Alkisah. Last update tu, empat bulan lepas kawen. Masih lagi mood honeymoon ler. Mana nak buka suma laman sesawang nihhh. (last last mmg bersawang sunguh yg nih)
Dengan nak suaikan kehidupan baru. Iolss dok ngn mertua. So sila la paham. Tak paham? P try dok ngn mertua. 
Berubah everything, dengan iols yg homesick. Sikit sikit nak balik SELAYANG KU SAYANG bak kata si gemok ngn si lengan. #bestfriendforever hahaahah PEDULIK lah kan. kalau ngadu sikit ngn dua ekoq ni mula la cakap, "Tu la dulu gatai sgt nak kluaq umah. La ni dh dok jauh kluaq terus sibuk dok rindu bagai". Paham la kau ayat sapa kan. 
Kisah dia plak, Allah murahkan lagi rezeki kami. Tambah lagi satu perubahan ketara dalam diri. Hat ni mmg WIN la. Segala hormon bertukaq. Ai redhaaaaaaaaa. (nnt iols sambung part ni next entry)

So, tkde la masa yang terlampau terluang like dedulu. Time keje dok derassss keyboard menaip blog bebodoh ni. 
SAMPAIKAN LUPA PASSWORD DAN EMEL DIA APA. 
Nampakkkk ke idakkkk. 

Tu la sebabnya lama berkepuk berhabuk bersawang.
Elok plak ngam setel last entry pasal majlis kawen belah ceq ngn husben.
Citer panjanggggggg kan. Padahal lupa password ja pon.
Hihihihi (gelak ala Che Ta) - nak jugakkkkk.


Till then.
I is ngantuk.


Belanja satu gambaq jap.


Cable Car, Langkawi 2015