November 9, 2013
Bride to be : Legaaaaaaa.
Selamat hujung minggu.
Dua hari cuti, sibuk ke sana ke sini. Tunggu juru nikah, pergi sana sini. DUGAAN :)
Sabar itu indah.
Pujuk diri sendiri ni.
Alhamdulillah, dipermudahkan segalanya.
Cerita penuh dia. Hmm tak larat nak tenyeh keyboard ni balik.
Tapi nak cerita gak.
Khamis, 7/11/2013.
Plan cuti, nak jumpa jurunikah dekat masjid Al-Zakirin Taman Wilayah Selayang. Janji ngn abang (wali) jumpa kat masjid. Ni cerita pakat main terjah je. Sampai sampai, abang dh ada. Pergi lah ofis masjid tu. Bagi salam masuk ada sorang ustaz. Tanya tujuan kemari apa semua. Alkisahnya, juru nikah masjid ni belum balik dari menunaikan Haji. Ikutkan 18/11 baru flight balik Malaysia. Tu pun bukan terus masuk ofis kan. Mesti sehari dua baru masuk. Itu pun kalau sihat, bak kata ustaz yang dekat ofis ni la.
Pastu aku ngn abang berpandangan satu sama lain. Ustaz bagi cadangan, bagi no phone ustaz yang wakil tu. Sebab memang dah sedang elok prepare sekarang. Lagi pun aku dah sediakan segala borangnya. Cuma tinggal turunkan tanda tangan jurunikah dengan si wali.
Telefon tak berangkat. Ustaz tu kata wakil jurunikah tu dekat Masjid Sgeambut Dalam. Kan dah cakap tadi pakat main terjah. Lagi sekali abang dan aku buat kerja gila terjah masjid Segambut Dalam.
Macam aku taw. Memang tak la kannn. Slumber la. Redah. Sesat sampai ke Sri Segambut. Aku ingat Gombak je ade Sri Gombak ni ha.
Alhamdulillah jumpa, tapi dukacikta gak. Memang jurunikah yang dicari tu takde. Dia ada kursus dekat Masjid Negara. Kisahnya. Patut tak angkat fon. Yang ada dekat masjid tu bgtaw suruh datang esokknya. Kursusnya hari rabu dan khamis. Pulangla dengan wajah hampa, ingatkan boleh selesaikan sume. DAN AKU TAKTAW SEBENARNYA KENE BOOKING atau BUAT APPOINTMENT DULU. Kira sistem amek no ke? Hmm. SABAR ITU INDAH :))
Pastu tak jadi nak uruskan hal ni, berlari *dibaca dengan cara memandu*, ke pusrawi jalan ipoh. Uruskan penangguhan anak buah. Kejap di jalan ipoh, kejap kat batu muda gombak ni ha. betul betul jadi supir. CAPEK TAW ENGGAK.
Alhamdulillah dipermudahkan jugak. So, selesai la sikit.
Nampak tak? Bukan semua mudah taw. Takpela. Nak senang bukan mudah kan??? :))
Jumaat, 8/11/2013
Semalam jurunikah tu ada lah mesej. Sebab telefon banyak kali tak berangkat. Mungkin hal penting, dia pon mesej la tanya apa sume. Oleh itu ade conversation ngn jurunikah di mesej, lalu buat appointment berjumpa di Surat Jumaat Al-Hijrah PPR Intan Baiduri. Kisahnya sebab ustaz ni duduk dekat PPR Intan Baiduri ni. Ustaz tu janji katanya 10.15am - 10.30am dia ada di situ. So takde masalah lah pagi kan, terus cakap ya. Bagitaw abang, abang pon terus ke surau tu. Fitrah manusia kan. Dalam masa yang ustaz tu sendiri tentukan, tapi ustaz tu sendiri lewat dalam masa SETENGAH JAM.
SABAR ITU INDAH. NAK SENANG BUKAN MUDAH.
Sampai je juru nikah. Duduk la dalam surau tu, katanya amek anak sekejap dari taska. Hari Jumaat, balik awal. Pastu terus nak ke Segambut. SIBUK.
Tanggungjawab dia kan. Sana sini nak dikejarkan.
Selesai berdiskusi sedikit, terang apa yang patut, tanda tangan pon dah diturunkan.
Alhamdulillah selesai. Ustaz suruh terus anta Jawi. Proses kat Jawi tak lama. Abang pesan benda yang sama.
Terusla aku start enjin kereta gerak terus ke Jawi. Ngam sampai plak nak dekat solat Jumaat. Bayangkan je la menunggu ustaz tu tadi kan.
Pastu nak bagi tawwwwwwww. Nak ke Jabatan Cerai, Rujuk, Nikah tu kene naik tanga botingket tingket. Perghhhhhhh. Nafas takyah cakap. Tercungap cungap aku. Phewssss.
Panas matahari atas kepala. *ok, panas akhirat lagi la sejengkal* Tsk tsk. T_____T
Nasib gak la sempat sebelum depa lunch time kan. Kan Jumaat, rehat kerajaan awal pastu lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Sampai je amek no, serah dokumen yang dah lengkap. Tunggu akan dipanggil semula.
Pastu pergi kaunter, amek duit bayar sebanyak RM25.
Tunggu sekejap lagi, pegawai dia bagi balik borang yang dah lengkap DAN DAH BOLEH NIKAH BILA BILA MASA. Mengenyam nak mampos.
Disebabkan busy sangat ke sana ke sini. Tak dan nak amek gambar dokumen dokumen tu. MOTIFF TAKKK?? Hahahaa.
Tu je nak bgtaw. Sehingga berjumpa di lain masa :))
To be continued.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment