Lambat sikit update kisah follow trip awaydays ke Larkin 6 April hari tu dengan ultraSel.
Tapi suasana dalam stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus masih aku terasa!
Kepadatan, kepenuhan penyokong JDT yang datang mmg awesome! Mmg FULL HOUSE!
Alkisah, bergerak tengah hari sabtu dari tapak menara tinjau dekat Giant Shah Alam. Sebanyak 4 buah bas dari pengurusan abang fadhleyMazlan menuju ke Stadium Larkin. Rasa bangga dalam diri, dengan info yang diberi, awaydays ke Larkin ini jugaklah antara yang teramai dgn 4 buah bas!! So tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya mengikuti awaydays via ultraSel!
DOUBLE SOLUTE to abg Fadh, sentiasa menjadi orang kuat untuk awaydays bagi game Selangor jika bermain di luar kawasan. I feel the situation! Bukan senang taw, nak incharge antara orang yang kita kenal pon payoh nokharoom! Lagi lah buka pada public. Orang yang mcm2 karenah nak handle. Bagi nama awal, last minit cancel (ni cakap diri sendiri), pastu gian sgt nak join dgn ada mcm2 hal, nasib ade seat lebeh (macam aku jugak). haha! apa pon terima kasih team2 kuat ultraSel and specially thanks to abg Fadh, reserve seat for me. Haha, dia je tahu alkisah hempas pulas aku nak ke Larkin macam mana!
ultraSel ON TOUR! |
ha nampakk tak abam Fadh yang cumel tuh. Hiks. antara ultraSel, penyokong tegar Selangor, penyokong natural bersatu demi SELANGOR! |
Alhamdulilah dalam pukul lima lebih kami tiba di perkarangan Stadium Larkin. Tak lah perkarangan sangat, bas kene parking jauh. Jauh sangat. Dekat hotel Seri Malaysia tak silap. Sejak-sejak fans Johor dah kembali ke stadium, setiap game dekat Larkin mmg full house jadi parking pon mmg tkde lah dekat2. Kalau pukul lima lebih yang masih awal pon kene parking jauh, bygkan lah yang dtg cukup-cukup time tu. Confirm nak menapak seribu batu jauhnyaaaaaa. Time ni ku merasakan stadium Shah Alam tu, kalau datang lambat-lambat pon tak lah parking jauh sampai ke federal highway nun. Paling jauh pon lot parking open menara tinjau dekat sebelah Giant tu. Syukur kan?
Tapi yang best bila parking jauh nih, musibat ultraSel chant secara berarak, tak pon depa panggil corteo dari depan hotel tu sampai ke perkarangan stadium Larkin. So mmg bestlah. Aura tu rasa ok!!! Sumpah tak tipu!!!!
ber-casual gitew! hiks. eh tk lah. kiter natural terlampau pada SELANGOR! 3 yang tengah tu gadis2 tegar chant bersama ultraSel. hujung tu kak in lebeh kurang mcm den kot. heheh |
Actually nak cakap jugak, ni first time follow dan first time jumpa dengan semua kaki kaki bola penyokong tegar Selangor. Sebelum ni rancak di laman twitter. Specially kak in, si wanie, nurul, farra, abg fadh, apit, capo Iyzat aka Shah Jaszle. Hikss. Semua gila gila orangnya. Sempoooi!
Boleh declare jugak lah ikut awaydays ni dah supe #twtupselangor . Hahahaa, slumber badak jer.
Lets see a few memories at Larkin!
berkumpul di Std Larkin, chant together! |
red n yellow till we die! |
full house! |
credit pic from CHIQAHphotography .
Kali pertama aku merasa segala ni. Lepas habes game, sempat jejak kaki ke dalam padang! Padang Shah Alam pon tak jejak kaki lagi, padang Larkin aku dah ok! Kahkahkahh.
Berlagak noharoom betei. Lepas tu, dapat plak aku saksikan gabungan dua ultras, ultraSel + B.O.S chant together! Meremang bulu romaa. Memang aura dia lain macam, nak cakap pon aku tak mampu nak susun kata-kata macam mana keadaan time tu. So, aku rasa aku cukup bertuah time tu. SANGAT!!
boleh sambung takkk??
Lepas dari Larkin, smpai ke Shah Alam menara tinjau dekat Giants around 4-5pagi. Aku tumpang Kak In sampai ke Puduraya. Seawal 5.30pg dah terpacak dekat puduraya. Katanya nak beli tiket ke Pineng berjumpa dengan buah hati yang datang hari sabtu tapi aku ke Larkin. BUKTI??
Cosmic Ekspres |
sabtu on tour ke larkin sbb SELANGOR! and next day on tour to see my buah hati ♥♥♥ |
Tak pernah buat mcm ni, nie semua kerja gila demi yang tersayang. Sayang both! Tapi sometimes demok can't accept it. Hmm. Tapi tkpelah, atleast I can get both. Yup, both.
So, sampai pineng dapatlah dalam meluangkan masa ngn demok ngn famili dia..
Minum petang ngn ibu dan adik2 demok, dinner with adik2 demok.
Tak caya plak aku dah smpai ke pineng dalam keadaan mcm tu. Hahaha.
Pukul 8mlm naik bas dari Sungai Petani balik KL.
Sampai KL pukul 3pagi, thanks mokde amek yah. Pastu terus pergi kerja pagi tu.
Whoaaaaa! Kalau naik flight panggil jet leg! Kejung kaki. Aku ni 'bus leg'!! Kematu montot tahu dakk.
Hujung minggu dok tenggek atas bas. Mmg power! Dah lah balik tu bas tu gelongg. Tak reti bawak bas, tapi bawak bas dengan aku duduk palinggggg depan. Can you imagine? Dan boleh plak nak tido klu driver bas tu bawak ke kiri ke kanan?? MEMANG TAK LAHHH!
Dengan sepoloh kali sekejap plak dia menguap. Aku pikir kalau jadi apa2, nauzubillah jer. Dah lah hujung minggu tu majlis. Memang macam2 aku pikir ;'(
Tapi alhamdulilah, everything was okaaay. ;))
Inilah cerita ringkas merepek merapu entah apa apa. Memang tak padan jadi blogger, dah lah lambat update, pastu tak best. Kan??
Tak kisah lah, boh layannnn jerr :D
Till we meet again ^___^
2 comments:
Hamboiiii... semangat dia no....
oopss! hikhikk. gigih kannn? :p
Post a Comment