Hi peeps! Salam everybadihh :)))
Minggu semalam nih. Sabtu semalam, keluar dengan Elina and Aten . Ni lah dua gegirls aku yang ada untuk lepak-ing! Kiterorang ni tk reti nak plan apa2. So selalunyer mmg main terjah jer. Kalau free, jalan lahh. Klu tak free, tunggu lah terjahan yang akan datang! Sempoi am rite?
Al kisah, ade follow brother nih kat twitter. Bajet je lah panggil brother, sbb aku consider aku yang palinggg mudaaa! Hihihih. IDK sama ada die yang pnyer kedai or what. Itu tak penting. Tapi yang penting aku nmpak dia upload nak g makan burger. Siud! Meleleh gak lah air liur tgk gambar burger die upload tuh. Dah lama aku nak makan, tapi demok pon tknak bawak aku. Tak kesempatan jer alasan dia. Plus dah kejauhan nih kan. So, aku sendiri takleh nak berharap lah. *ayat merajuk*
Back to the story, aku pon replying lah ngn brother nih. Tanyer aper yang patut sume. Lokasi ape sume lah. Yang gelabahnyer aku, siang sabtu tuh lepas balik keje aku ke Plaza GM amek stok. *stok aper, nnt aku update* Aku siap pergi meronda jap kat kawasan yang diberitahu. Yelahh! Danau tu kan banyak kedai mamak. Selalu aku lepak kat Zubeidah tu jer. Selalu sgt lah lepak. Puihh! Sometimes lah, itu pasal lah kene melawat kawasan duluu. Hihihii.
Dan aku jumpeeee kedai burger nih. Nak cari info kedai burger ni? Yang mana ade akaun burung biru nih, *kalau tkde sila sign up skrg!* kekorang leh lah men hashtag #DamBurger kat ruangan search tuh. Tak pon search jer DamBurger. Gerenti keluaaaaaar segala conversation yang ade. Nah aku bagi #DamBurger . Hihihi :p
So, dengan kuasa terjahan dan aku berjaya rembat dua gegirl nih utk menemani waktu kesunyian ku. Standard lah kan, benda yg tak di-plan-kan pasti sedikit berjaya. Walaupon hari Sabtu agak kehujanan, namun kami kasi redah jer. :))
Si Elina nak makan Otak-otak ngn chicken chop kat Zubeidah tu dulu. So sampai2, ke situ lah dlu kami. Lalu aku order Roti Tisu, Elin order chicken chop and Aten order nan cheese. Motif aku makan Roti Tisu sbb nak melantak burger sekejapan lagi. Bajet alas perut lah tuh. :)))
Makan makan dan makan sambil berborak entah apa-apa dan jugak tgk game Thai vs Singapurapura malam tuh. Final 2nd game kan. Juara milik Singapurapura AFF Suzuki Cup 2012.
Btw, be honest. Me and gegirls klu lepak mana-mana memang volume tu cannot slow. Harap maklum. :P
Alang-alang melepak situ, tawaf Danau jap. Lama sebenarnyer tak meronda Danau. Macam-macam dengar kisah Danau nih. Kater nak move on tempat lain lah. Sebab mengganggu perumahan dekat situ. Biaselah kan, dah nama kawasan orang berniaga larut malam, sure lah BISING. Bukan dengan bunyi-bunyian lagu-lagu yang berkumandang jer. Tu abam-abam, adik-adik motor kereta sume. Time nih nak tunjuk jaguh di jalanan. Takyah lah move on, stay situ dah lah. Semua dah biasa area situ kot. #justsaying
And here is #DamBurger. Cheese die meleleh yang buat aku pon terleleh nak dapatkan ia dengan kadar yang sesegera mungkin! Fuhh. Puas weyh. Ni pon aku share ngn si Aten tuh. Hahaha. Makan sorang? Tak mampu lagi!
Yang ni time makan kat Zubeida. Pompuan nih lah musuh,kawan aku. Bajet nak maki, nak caci, nak hina ke nak puji ke. Apelah sekali pon. Tetap selamanya! Tu lah baru betul kawan kan? Thanks Enot jadi kawan aku untuk segalanya. OK aku touchinggggg! Tisuuu please, rembes air mataku. T_____T.
Sampai disini je dulu. Undur diri dulu. Malam tu aku, Elin and Aten serta DIA yang mengetahui apa jadi. To Elin mohon ketabahan dalam menjalani kehidupan. Ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah. Ameen.
by the way, Jangan lupa terjah kedai burger abam NizamArchibald nih yer. Lokasi depan kedai A-Malik dekat Danau tuh.Try it. Sambil lepak-lepak mamak, tgk skrin tak baper nak besaq makang burger. Takyah nak beratuq2 panjang dan tak tentu boleh dapat :P
Salam sayang semuaaaaa ^___^
No comments:
Post a Comment